LLaman Utama | Mengenai MRSM | Bahagian | Fasiliti
SEJARAH PENUBUHAN MRSM
Mengenai MRSM
Perutusan Pengetua
Falsafah Pendidikan
Puisi Penubuhan MARA
Konsep MRSM
Sejarah MRSM
Misi Visi
Perancangan Srategik
Struktur Organisasi Tertinggi
Struktur Organisasi
Pentadbiran
Lokasi MRSM
Plan MRSM

 

    SEJARAH PENUBUHAN

 

    Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang merupakan maktab  
    yang ke-
34 ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai memenuhi hasrat dan wawasan untuk   
    mencemerlangkan institusi pendidikan MARA (IPMA) hingga bertaraf dunia. MRSM Transkrian merupakan 
    MRSM yang kedua didirikan di Pulau Pinang selepas MRSM Balik Pulau yang beroperasi pada tahun 1984.

     Terletak di Mukim 9, Transkrian, Nibong Tebal  di Daerah Seberang Perai Selatan, MRSM Transkrian yang  
    luasnya 32 hektar secara rasminya beroperasi pada 1 April 2002. Seramai 17 orang guru termasuk Pengetua 
    yang pertama, Encik Saleh bin Osman yang sebelum itu kebanyakannya berkhidmat di MRSM-MRSM lain
    telah melaporkan diri pada tarikh tersebut.

 
    Cabaran yang dihadapi pada masa maktab ini baru dibuka tidak melemahkan semangat para pendidik untuk
    berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kegemilangan bersama. MRSM Transkrian telah menerima
    kumpulan penuntut sulung seramai 100 orang yang merupakan pelajar-pelajar Tingkatan 4 pada
    22 April 2002 manakala
pelajar – pelajar Tingkatan 1 yang sebelum itu ditempatkan sementara di MRSM
    Pontian, Johor selama 5 bulan mula melaporkan diri pada bulan Jun 2002.

 
    Kumpulan perintis ini dengan penuh semangat telah sama-sama mengharungi jerih perit untuk menjayakan
    agenda pendidikan MARA di sini. Kesungguhan dan kegigihan mereka tidak sia-sia kerana apabila keputusan 
    SPM 2003 diumumkan, mereka berjaya memperoleh Gred Purata Maktab (GPM) 2.415. Kecemerlangan ini
    terus menjadi tradisi dan pemangkin kepada kumpulan kedua dan ketiga yang mengambil SPM pada 2004
    dan 2005.

 

    MRSM Transkrian telah dilengkapi dengan kemudahan bilik-bilik kelas, dewan besar, bilik seminar, makmal-
    makmal termasuk makmal komputer, makmal multimedia, makmal kemahiran hidup serta makmal reka cipta,
    surau, dewan makan, pusat pelajar dan pusat sumber pembelajaran. Beberapa kemudahan atau prasarana
    yang lain akan terus disediakan oleh pihak maktab demi memastikan keselesaan pelajar belajar. Dengan
    kerjasama Jabatan Landskap Negara (JLN), maka mulai April 2004, suasana di sekeliling kampus maktab
    telah bertambah ceria melalui projek pengindahan.

 

             
 Kini, dengan gaya pentadbiran yang mantap dan tersendiri yang diterajui oleh Pengetua, Encik Samsudin Bin
    Suip dengan dibantu oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik,
Encik Shamsuri bin Mahat dan Timbalan
    Pengetua Hal Ehwal Pelajar,
Puan Maimun binti Yusoff serta gemblengan tenaga para guru dan kakitangan
    yang komited, MRSM Transkrian akan terus bergerak maju untuk merealisasikan impian maktab sebagai          ’
A Thinking and Enriching College’ dan slogan  Better Than The Best’ seiring dengan Bahagian Pendidikan dan
    Latihan (Menengah) MARA, ’Pendidikan Cemerlang Generasi Gemilang’.