|
|
![]() ![]() |
|
|
Laman Utama | Mengenai MRSM | Bahagian | Berita & Peristiwa | Fasiliti |
||
|
CIRI-CIRI
ETIKA PELAJAR |
||
|
|
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar dan percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala kemudahan dan nikmat yang dikurniakan.
BERSOPAN DAN BERTATASUSILA Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa, menghormati ibu bapa, guru-guru, ketua dan rakan-rakan.
KEPATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang menghormati peraturan, undang-undang maktab dan negara.
MENGHARGAI MASA DAN TANGGUNGJAWAB Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan bertanggungjawab.
MEMENTINGKAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, mencintai kebersihan dan alam sekitar.
BERFIKIRAN POSITIF DAN BERCITA-CITA TINGGI Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang boleh dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak mudah putus asa, berpandangan jauh, berjiwa besar, patriotik, dinamik dan bercita-cita tinggi.
TANGGUNGJAWAB PELAJAR
A. TANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI SENDIRI 1. Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani. 2. Bersopan, jujur dan amanah. 3. Menghargai masa dan menepati masa. 4. Berjimat cermat. 5. Bersifat sederhana dan tidak sombong. 6. Sabar dan bertolak ansur. 7. Menghormati hak asasi orang lain. 8. Berani dan cekal hati. 9. Bersikap dedikasi. 10. Bersikap berdikari 11. Bersikap rajin dan berusaha. 12. Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. B. TANGGUNGJAWAB KEPADA AGAMA 1. Taat kepada perintah Allah. 2. Mempertahankan kesucian agama. 3. Mendalami, mengamalkan ajaran dalam kehidupan harian. 4. Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama. 5. Menyebarkan ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama. 6. Menyebar luas nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat. C. TANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGA 1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa. 2. Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga. 3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikan seorang berpendidikan dan bermoral tinggi. 4. Menjaga nama baik keluarga. 5. Menghormati sahabat / kenalan keluarga. D. TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT 1. Tolong-menolong dan bekerjasama. 2. Menghormati orang-orang yang lebih tua. 3. Suka bertolak ansur. 4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain. 5. Bersifat toleran. 6. Rasa bersefahaman dan sabar. 7. Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat / kebajikan. 8. Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar. 9. Memelihara kerukunan hidup berjiran. 10. Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya. E. TANGGUNGJAWAB KEPADA MAKTAB 1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan maktab. 2. Menghormati guru-guru dan kakitangan. 3. Belajar bersungguh-sungguh. 4. Menaikkan imej maktab dalam semua bidang. 5. Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral yang tinggi. 6. Bekerjasama dan bersatu padu tanpa mengira unit dan maktab. 7. Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh maktab /MARA dengan baik. F. TANGGUNGJAWAB KEPADA NEGARA 1. Mencintai Negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara. 2. Mematuhi undang-undang. 3. Mengamalkan Prinsip Rukun Negara 4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam. 5. Menjaga dan menaikkan imej negara. 6. Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia. 7. Memelihara dan mempertahan keindahan semula jadi negara. |
|