|
|
![]() ![]() |
|||||||||||||
| Laman Utama | Mengenai MRSM | Bahagian | Fasiliti | ||||||||||||||
| MISI VISI FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM | ||||||||||||||
|
MISI KORPORAT BPL(M) / MRSM Menjadi penyumbang utama kepada pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang berpengetahuan dan berdaya saing pada peringkat nasional dan global.
FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.
VISI Menjadikan pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
MISI Menyediakan pelajar Bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang Sains dan Teknologi.
NILAI TERAS Nilai Teras Korporat BPL(M) ialah nilai Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik (SIKAP) untuk diterapkan kepada semua warga BPL(M) dan Maktab Rendah Sains MARA.
OBJEKTIF OPERASI BPL(M) 1. Menentukan dasar sistem pendidikan MRSM. 2. Memastikan dasar sistem pendidikan MRSM dilaksanakan. 3. Memilih pelajar-pelajar Bumiputera yang berpotensi tinggi. 4. Mewujudkan kemudahan perkhidmatan yang terbaik di MRSM. 5. Memilih dan melatih tenaga pengajar yang berketerampilan. 6. Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan kualiti pendidikan MRSM. 7. Menerapkan amalan Pengurusan Strategik dalam pengurusan dan pentadbiran. 8. Menerapkan amalan Pengurusan Strategik dalam pengurusan dan pentadbiran. 9. Membangunkan program pembangunan pelajar. 10. Memastikan peraturan perkhidmatan dan arahan dipatuhi.
MOTTO BPL(M) “Pendidikan Cemerlang Generasi Gemilang”
|
|||||||||||||