

Perutusan Pengetua
MRSM Terendak
adalah satu-satunya MRSM yang ditubuhkan dengan kerjasama di antara MARA dengan
pihak Kementerian Pertahanan. Tetapi dari segi pendidikan,
Di sini kami
mengutamakan bukan saja kecemerlangan dalam akademik atau peperiksaan
semata-mata, tetapi turut memberi penekanan dalam aktiviti kokurikulum serta
pembinaan rohani insan yang bergelar pelajar. Justeru, sebagaimana MRSM yang
lain, silibus yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah MARA
(BPL(M)) dilaksanakan secara menyeluruh.
Prasarana
yang disediakan oleh pihak Angkatan Tentera mencukupi untuk pelajar-pelajar yang
sedang belajar pada waktu ini. Dengan bekalan yang disediakan itu, warga
pendidik di MRSM Terendak berusaha menggunakannya dengan cara paling berkesan
bagi tujuan menghasilkan output terbaik setiap tahun.
Kami
mempunyai warga kerja yang benar-benar prihatin terhadap kecemerlangan pelajar.
Kerana itu, pelbagai program disusun setiap tahun. Pelajar-pelajar Tingkatan 3
dan 5 merupakan pelajar-pelajar paling sibuk kerana mereka mempunyai matlamat
yang lebih hampir dan program yang disediakan oleh maktab dan jabatan-jabatan
akademik cukup padat.
Selain itu,
para ibu bapa dan badan Muafakat juga turut sama berganding bahu bagi menjayakan
matlamat dan wawasan MRSM Terendak untuk membawa pelajar ke arah kecemerlangan.
Kami sentiasa
mendoakan agar semua usaha-usaha kami diberkati dan mendapat limpahan rahmat.
Dengan itu barisan pelapis negara bukan saja bakal berjaya di dunia, tetapi juga
di akhirat.
Wa salam.
Tn.
Hj. Che Soh bin Che Mat
Pengetua
MRSM
Terendak
Melaka
