MRSM TERENDAK

Kem Terendak, Melaka mara

© Pen Pengetua HEA, MRSM Terendak 2006

 
Akademik

AKADEMIK

 

© MRSM Terendak.

 

   

SISTEM PENILAIAN DAN JENIS KURSUS MRSM

Mulai pada tahun 1986, Maktab Rendah Sains MARA telah memperkenalkan sistem penilaian berdasarkan Purata Nilaian Gred (PNG) .  Di bawah sistem ini, pencapaian pelajar pada akhir semester akan dikelaskan mengikut gred abjad yang diberi mata nilaian seperti berikut.

                      

GRED

MATA NILAIAN

4.0

  B+

3.5

B

3.0

  C+

2.5

C

2.0

D

1.0

F

0.0

            

JENIS-JENIS KURSUS

             Semua kursus pada setiap semester akan diberi jam kredit dan mempunyai kod kursus yang tertentu.  Kursus-kursus ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

 Kursus Teras

Terdiri daripada subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar untuk peperiksaan SPM.

 Kursus Elektif

Terdiri daripada subjek peperiksaan mengikut jurusan yang dipilih oleh pelajar Menengah Atas.

 Kursus Khas

Wajib diambil oleh semua pelajar sebagai memenuhi syarat graduasi.

Kursus Pembangunan Sosial dan Emosi

Pelajar boleh memilih kursus yang diminati asalkan memenuhi syarat graduasi.

Kursus ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu :

a)                 Kelab/Persatuan

b)                 Sukan/Permainan

c)                    Badan Beruniform

Selain itu, pelajar juga dimestikan mengikuti program SEM (Schoolwide Enrichment Model) di mana mereka dikehendaki membuat projek kajian dalam tempoh berada di MRSM, khususnya bagi mereka yang sedang belajar di peringkat Menengah Atas.

  UPPM_Maklumat Penuh