MRSM Terendak

Profil

(Photo of jpeg by c su.) Ditubuhkan hasil daripada rundingan yang dilakukan di antara pihak MARA dengan Kementerian Pertahanan. Dalam kerjasama ini, MARA mengurus semua aspek berkaitan akademik dan kakitangan, sementara Kementerian Pertahanan membantu penyediaan penempatan dan urusan penyelenggaraan .

Info penting:

 Tel: 06 - 3573008  ;  06 - 3571009

      Faks: 06 - 3573049

E-mel: mrsmmt@mara.gov.my

Laman web:  http://www.mrsmkm.edu.my/terendak/

 

KOMITMEN KAMI

  • Memberi perkhidmatan yang cekap, dinamik, amanah serta mesra.

  • Meningkatkan kecemerlangan pelajar bersesuaian dengan sifat profesional kami iaitu dedikasi, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

  •   Menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik dan mencukupi serta keadaan persekitran yang cantik dan selesa

  •   Sentiasa peka dan responsif ke atas segala keperluan dan kehendak pelajar.

  • Sentiasa menjaga nama baik MRSM Terendak dan terus berusaha meningkatkan kegemilangan sebagai melambangkan keutuhan kerjasama antara MARA dan Kementerian Pertahanan Malaysia.

 


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha beterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilanl, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kebergunaan manusia kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.  Kami juga yakin bahawa  sekolah yang berkualiti dan cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan  kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti.  Di samping itu, setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.
VISI MRSM
MRSM akan menjadi pusat kecemerlangan yang bertaraf dunia dan berupaya menyediakan prasarana  pendidikan yang mantap kepada pelajar-pelajar yang akan menjadi anggota masyarakat yang produktif.
MISI MRSM
MRSM akan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, berdisiplin, bersepadu dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi.
MOTO MRSM
“Berdisiplin, Berilmu, Beramal”
NILAI TERAS
Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah, PatriotikK

Ke Atas

.

MRSM TERENDAK MELAKA
Tel: 06 357 3008 / 06 357 1009 Fax: 06 357 3049 /
webmaster / Disclaimer /