MRSM Terendak

SISTEM PENGAJIAN DI MRSM TERENDAK

Semua pelajar di sini belajar mengikut sistem pendidkikan MRSM dan di waktu yang sama mereka turut mengambil peperiksaan kebangsaan iaitu PMR dan SPM. Oleh kerana terdapat peringkat Menengah Rendah di MRSM Terendak, pelajar yang lulus cemerlang di peringkat PMR sahaja (iaitu minimum 6A 2B - Matematik & Sains mesti A) yang layak meneruskan pengajian di Tingkatan 4 MRSM Terendak.

Sementara itu, pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 8A dan lulus cemerlang dalam Ujian UKKM MARA akan layak pula memohon ke MRSM Bitara.

Hal ehwal akademik MRSM Terendak dipimpin oleh Penolong Pengetua Akademik MRSM Terendak bersama barisan ketua-ketua Jabatan. Keputusan pencapaian PMR 2007 telah mengatasi rekod 2006 dan amat membanggakan. Sekali lagi ia menjadi keputusan terbaik dalam sejarah MRSM Terendak. Segulung tahniah untuk para guru dan pelajar Tingkatan 3 tahun 2007.

Berita pencapaian PMR 2007, sila klik: berita pmr. Analisis pencapaian di sini.

  Maklumat lanjut (sila klik):  
 

Sistem Penilaian * Syarat Graduasi * Sasaran Akademik * Prestasi PMR & SPM

 

 

 

 


Ke Atas

 

MRSM TERENDAK MELAKA
Tel: 06 357 3008 / 06 357 1009 Fax: 06 357 3049 /
webmaster / Disclaimer /