Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .
Salam perkenalan,
Saya telah melapor diri sebagai Pengetua MRSM Serting pada 15 Julai 2008
mengantikan Tuan Hj.Bahari b.Ab Wahab yang dipindahkan ke MRSM Kuala Terengganu.
Sebelum ini saya bertugas di MRSM Taiping sebagai Timbalan Pengetua ( Hal Ehwal Pelajar).
Sedikit mengenai diri saya. Saya berasal dari Taiping,Perak, mula berkhidmat dengan MARA sebagai Guru Sains (Kimia) di MRSM Kulim,Kedah pada tahun 1980.
Pada tahun 1994,saya bertukar ke MRSM Serting apabila ia mula mengambil pelajar.
Pada tahun 1998 saya bertukar ke MRSM Taiping dan dilantik sebagai Penolong Pengetua pada tahun 2002.
Kehadiran saya di MRSM Serting pada kali yang kedua dan dengan tanggung jawab yang lebih berat.Saya berharap guru-guru, kakitangan dan ibubapa akan terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam usaha mendidik dan membangunkan anak-anak kita di MRSM Serting ini agar bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah berakhlak mulia dan berkeperibadian unggul. Saya percaya dengan pemuafakatan dan usaha gigih semua pihak, insya Allah MRSM Serting akan muncul sebagai salah sebuah MRSM yang terbaik seperti yang pernah dicapai pada masa lalu.
Sekian wassalam.
HJ MOHD GHAZI BIN SAMSUDIN
PENGETUA MRSM SERTING
|
|