MRSM Pasir Tumboh Kelantan http://www.mrsmkm.edu.my/ptumboh

Laman Web MARA
Pengenalan

:: Visi ::

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

:: Misi ::

Untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi.

:: Maklumat Korporat ::

Menjadi penyumbang utama kepada pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing diperingkat nasional dan global

:: Nilai Teras ::

Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik

:: Objektif Operasi ::

1. Menghasilkan pelajar lepasan menengah rendah yang cemerlang dan berwibawa melanjutkan pengajiannya dibidang sains tulin di peringkat menengah.

2. Melahirkan pelajar lepasan menengah rendah yang berakhlak mulia, berjiwa bebas, berdaya saing, berdaya cipta, saintifik, global dan bersemangat patriotik dan fasih berbahasa Inggeris.

3. Menjadikan MRSM Pasir Tumboh sebagai sebuah organisasi dan institusi pendidikan yang berkualiti, cekap, ceria dan cemerlang.

4. Menduduki sekurang-kurangnya tempat ke tiga dalam pencapaian akademik (PMR) dan Ko-kurikulum di peringkat Nasional.

5. Mencapai 100% markah dalam semua aspek laporan audit.

Selamat Datang Ke Laman Web MRSM Pasir Tumboh

Sepatah Dua Kata

oleh

Pengetua MRSM Pasir Tumboh, Kelantan

Hj. Adnan b. Jusoh



Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izin-Nya dapat saya memberi sepatah dua kata di dalam ruangan laman web rasmi MRSM Pasir Tumboh ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Unit Multimedia kerana telah berjaya membina laman web rasmi ini untuk MRSM Pasir Tumboh.

Selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan ICT, kewujudan laman web rasmi MRSM Pasir Tumboh ini dirasakan tepat pada masanya. Ianya juga diharapkan dapat memberi pendedahan tentang pentingnya menguasai bidang teknologi maklumat dan ICT dalam Era Globalisasi kepada semua warga maktab.

Selain pendedahan tersebut, diharapkan laman web rasmi ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran dan pendidikan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada pihak luar khususnya kepada ibu bapa pelajar untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka secara dalam talian.

Sebelum saya mengakhiri kata-kata ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan laman web rasmi MRSM Pasir Tumboh.

Sekian terima kasih.