|
.....
HOMEROOM
Satu program bimbingan dimana pelajar-pelajar
dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang sebaya dan
menjalani kehidupan bersama dalam suasana bersaudara. Homeroom ini
dibimbing oleh seorang guru penasihat sebagai ibu bapa angkat.
setiap Homeroom mempunyai tidak lebih daripada 13 orang pelajar
terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan.
Tujuan Perlaksanaan Program:
-
mengesan dan menolong pelajar yang menghadapi masalah
emosi.
-
menggalakan pelajar merancang dan melaksanakan sendiri
aktiviti mereka.
-
memupuk persefahaman dan perpaduan dikalangan pelajar.
-
menanam perasaan bertanggungjawab dan kasih kepada
MRSM.
-
mewujudkan hubungan mesra antara guru dan pelajar.
-
mempelajari dan memahami nilai-nilai masyarakat.
-
meninggikan kesedaran sivik dan perasaan
kewarganegaraan Malaysia.
Objektif
Pada jangka masa tertentu pelajar sepatutnya dapat
menguasai kebolehan berikut:
-
melahirkan fikiran dan pendapat secara spontan dan
bebas.
-
menggunakan dua atau lebih bahasa dalam percakapan
atau perbincangan.
-
menentukan aktiviti yang harus dibuat mengikut
keutamaandan juga mengetahui kepentingan menepati masa.
-
memberi cadangan dan melaksanakannya dengan semangat
dan azam yang kuat.
Fungsi:
-
sebagai satu unit keluarga.
-
mengesan dan menyelesaikan masalah.
-
membentuk sikap.
-
menyelur dan mengembangkan minat.
-
daban kebajikan.
-
alat perpaduan.
-
agen masyarakat.
|