Laman Utama

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat bil. 20 tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang pendidikan dan latihan. MRSM ini ditubuhkan untuk memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan pra-universiti dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan kepada pelajar Bumiputera yang mempunyai keupayaan mental yang tinggi.


Sistem pendidikan MRSM ini bergerak atas landasan bahawa pelajar Bumiputera yang berminat dan berkebolehan dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan akan mendapat pendedahan lebih awal supaya memberi keyakinan yang lebih tinggi untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang berasaskan sains dan teknologi.

Sistem pendidikan MRSM akan membiasakan pelajar dengan pendidikan berasaskan sains dan teknologi serta unsur keusahawanan sebagai satu aspek kebudayaan Malaysia yang akan memupuk perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

Ini akan mewujudkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif, terbuka, sihat, luas dan mendalam, di samping mempunyai semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.

Km 1, Jalan Baling

33100 Pengkalan Hulu

Perak

Hubungi kami :

Telefon : 04-4778427

Faks: 04-4778489

Emel: mrsmphulu@mara.gov.my

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENGKALAN HULU

Cerdik Berakhlak & Bermanfaat

Kemaskini : 3 Feb 2010