MRSM PENDANG
BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL 
   

Sistem Penilaian dan Syarat Graduasi

Maktab Rendah sains MARA telah memperkenalkan sistem penilaian berdasarkan Purata Nilaian Gred (PNG) mulai tahun 1986. Di bawah sistem ini, pencapaian pelajar pada akhir semester akan dikelaskan mengikut gred abjad yang diberi mata nilaian seperti berikut.

Gred A B+ B C+ C D F
Mata Nilaian 4.0 3.5 3.0 2.5 2.0 1.0 0.0

Jenis-jenis kursus

Semua kursus pada setiap semester akan diberi jam kredit dan mempunyai kod kursus yang tertentu. Kursus-kursus ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-

  • Kursus Teras

Terdiri dari subjek yang diambil oleh semua pelajar untuk peperiksaan PMR dan SPM

 

 

  • Kursus Elektif

Terdiri dari subjek peperiksaan mengikut jurusan yang dipilih oleh pelajar menengah atas.

  • Kursus Khas

Wajib diambil oleh semua pelajar sebagai memenuhi syarat graduasi

  • Kursus pembangunan sahsiah

Pelajar boleh memilih kursus yang diminati asalkan memenuhi syarat graduasi. Kursus ini terbahagi kepada

  1. Kelab

  2. Persatuan

  3. Sukan

  4. Permainan

  5. Badan Beruniform

Syarat Bergraduasi

  1. Mesti mendapat TPNG tidak kurang dari 2.0

  2. Kursus teras Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu lulus semuanya

  3. Pelajar perlu sekurang-kurangnya perlu lulus 204 jam kredit (Men Rendah) dan lulus 87 jam kredit (Men Atas).

  4. Bagi pelajar menengah atas, mereka perlu lulus sekurang-kurangnya 58 jam kredit bagi subjek-subjek elektif

  5. Mesti lulus semua kursus Khas

  6. Mesti lulus 10 jam kredit (Men Rendah) 6 jam kredit (Men Atas) kursus pembangunan sahsiah.

  7. Pelajar yang menganggotai aktiviti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai Kelab atau Persatuan

 
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • English For Science Technology

  1. Atas alasan yang diterima oleh senat maktab, pelajar yang gagal memenuhi 1 jam kredit dalam Kelab atau Persatuan dan 1 jam kredit dalam Sukan atau Permainan boleh digantikannya dengan kajian persendirian.

 

   
 
Jalan Jenun 06750 Pendang , Kedah Darul Aman
No Telefon: 04-7583857/7583858, Fax: 04-7593855
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024X768 pixels

Penafian : Pihak MARA atau Pengurusan Maktab tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini

Sebarang pertanyaan atau keraguan emailkan

Webmaster MRSM Pendang