|
|
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENDANG
SEPINTAS LALU
Maktab
Rendah Sains MARA Pendang adalah MRSM yang ke 27 dibina di Negara ini.
Lokasinya terletak di Mukim Air Putih di Daerah Pendang dengan kedudukan
5 kilometer dari pekan Pendang dan 30 kilolemter dari Bandar Alor Setar.
MRSM yang berkeluasan 21.282 hektar atau 52.591 ekar ini dibina oleh
Kontraktor Uzaimin Enterprise dengan nilai Ringgit Malaysia 25 juta.
Kerja-kerja pembersihan tapak yang dahulunya dipenuhi dengan tanaman
getah dimulakan pada 30 September 1999.Majlis pecah tanah dan perletakan
batu asas telah disempurnakan oleh Y. B. Dato’ Haji Othman Bin Haji
Abdul,Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri pada 14 November
1999.Kerja-kerja pembinaan berjaya disiapkan pada 12 April 2001.
|
| |
MRSM Pendang
mempunyai 4 blok akademik dan pentadbiran, 4 blok asrama yang memuatkan
bilik pelajar puteri dan bilik pelajar putera dengan kapasiti maksimum 750
orang pelajar. MRSM ini juga dilengkapi dengan 25 bilik darjah, 13 makmal
sains, 2 makmal komputer, 1 bilik bitara (makmal induk komputer), 4 bengkel
Kemahiran Hidup, Dewan Selera, Dewan Serbaguna, Pusat Sumber Pembelajaran,
Bilik Multimedia, 2 bilik tayangan ,bilik audio video, makmal senireka,
makmal reka cipta, dewan kuliah, bilik sakit, cafeteria dan mempunyai
kemudahan sukan yang lengkap.
MRSM Pendang
juga dilengkapi dengan kuarters untuk staf. Ia terdiri daripada 1 unit rumah
Pengetua, 2 unit rumah Penolong Pengetua, 1 unit rumah ketua warden, 8 unit
rumah guru dan 5 unit rumah kakitangan. Rumah-rumah warden juga dibina di
hujung setiap blok asrama bagi memudahkan urusan dengan pelajar.
MRSM Pendang
telah mula beroperasi pada 16 April 2001, dengan pengambilan pelajar
perintis seramai 476 orang yang terdiri daripada 281 pelajar tingkatan 4 dan
195 pelajar tingkatan 1, dengan bilangan tenaga pengajar perintis seramai 34
orang dan staf sokongan yang lain. Pengetua pertama MRSM Pendang ialah Tuan
Haji Zakaria Bin Mohd Noor.
Kini tenaga
pengajar MRSM Pendang telah meningkat kepada 57 orang guru, yang mana setiap
seorang hanya dipertanggungjawabkan untuk mengajar satu subjek sahaja.
Manakala kakitangan sokongan seramai 33 orang bagi melancarkan lagi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di MRSM Pendang
|