|
5. Pelajar mestilah
membawa Kad Keluar Kampus untuk disahkan dan ditandatangani oleh Ketua
Warden / Warden bertugas pada setiap kali permohonan diluluskan.
6. Dalam masa
kecemasan, pelajar-pelajar mestilah : -
6.6.1 Mendapat kebenaran khas daripada Pengetua/Timbalan
Pengetua HEP
6.6.2 Menyimpan surat/telegram/kehadiran keluarga.
7. Pengesahan bermalam
hendaklah dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga pelajar dengan menandatangani
Kad Pengesahan Balik Bermalam dan mengisi butir alamat balik bermalam
diruang yang telah disediakan. Kad tersebut hendaklah ditunjukkan kepada
Pengawal bertugas sebelum Kad Keluar Kampus dapat diambil semula.
8. Kad keluar Kampus
yang telah siap diisi dan ditandatangani oleh Ketua Warden / Warden bertugas
hendaklah ditunjukkan kepada Pengawal Maktab untuk disimpan sebelum pelajar
mendapat kelulusan keluar/balik kampong.
9. Pelajar-pelajar
hendaklah melapor diri semula selewat-lewatnya pada pukul 6.00 petang pada
hari Sabtu pada setiap cuti hujung minggu yang telah diberikan.
Pelajar-pelajar yang melapor diri lewat akan dikenakan tindakan disiplin
oleh pihak maktab.
(Catatan :
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali menandatangani sendiri Kad
Keluar Kampus Pelajar. Jika disabit kesalahan tindakan yang serius akan
dikenakan pada pelajar berkenaan).
10. Waktu terawal
sesuatu permohonan balik dapat diluluskan oleh Ketua Warden/Warden bertugas
ialah Khamis sebelum jam 2.30 petang. Masa-masa sebelum itu tidak akan
dilayan.
|