|
 |
MRSM PENDANG
|
| BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL
|
|
 |
|
|
| |
|
|
|
PERATURAN PAKAIAN MAKTAB
Peraturan Kod Pakaian Pelajar-Pelajar
Warna-warna pakaian seragam maktab dan jenis-jenis fesyen yang dibenarkan
adalah menurut seperti yang dinyatakan dalam surat Pekeliling yang telah
dihantar kepada pelajar bersama-sama surat tawaran masuk ke Maktab Rendah
Sains Mara.
|
| |
Baju Kemeja
-
Baju Kemeja berkolar potongan biasa samaada
berlengan panjang atau berlengan pendek. Lain-lain jenis baju seperti kemeja
T berkolar, baju kemeja sukan atau seumpamanya dibenarkan untuk aktiviti
riadah sahaja (T-Shirt tidak berkolar tidak dibenarkan).
-
Baju kemeja hendaklah disisipkan ke dalam
seluar.
-
Baju kemeja berlengan panjang hendaklah
dibutangkan di pergelangan tangan atau digulung lipat dengan kemas ke paras
atas siku.
-
pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan
ke kelas. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu
sahaja.
Seluar
-
Kain seluar yang dibenarkan ialah daripada
jenis yang sesuai. selain kain jenis denim, PVC, Corduroy atau kulit tidak
dibenarkan.
-
Pemakaian semua jenis Jeans dan
cotton slacks tidak dibenarkan.
-
Fesyen seluar hendaklah tidak terlalu longgar
(Baggy), terlalu ketat dan berkaki singkat. Paras kaki seluar
hendaklah melepasi bawah buku lali dan ukur lilit seluar di antara 14"-18".
Tali Pinggang
-
Seluar yang bertali pinggang lebarnya
hendaklah di antara 2-4 cm dan berwarna gelap. Tali Pinggang yang
berwarna-warni dan berbelang tidak dibenarkan.
-
Kepala tali pinggang tidak terlalu besar dan
tidak mempunyai lambang atau tulisan yang tidak sesuai.
Kasut dan
Sarung Kaki
-
Hanya jenis kulit dan PVC dibenarkan. Kasut
sukan, selipar, sendal, boot, semiboot, atau lain-lain kasut yang
berwarna-warni tidak dibenarkan dipakai ke kelas.
-
Pemakaian sarung kaki adalah wajib. Panjang
sarung kaki hendaklah menutup buku lali dan warna sarung kaki hendaklah
sesaui dan tidak berbelang dan berwarna-warni.
Tali Leher
-
Dipakai sentiasa waktu akademik.
-
Warna rasmi Maktab. Warna-warna lain tidak
dibenarkan.
Tanda Nama
-
Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa
ke kelas akademik atau upacara rasmi maktab.
-
Tanda nama tersebut tidak boleh ditukar ganti
dengan kawan
-
Tanda nama tersebut tidak boleh diubahsuai
atau diconteng dan tidak boleh mempunyai nama dalam bentuk samaran
Baju dan Kain
-
Jenis-jenis yang dibenarkan ialah baju kurung
yang bergaya sederhana, blouse lengan panjang beserta skirt
panjang yang menutup buku lali (bukan Islam sahaja).
-
Baju dan kain hendaklah tidak ketat dan tidak
jarang.
-
Warna tidak terlalu terang dan corak hendaklah
bersesuaian dengan persekitaran maktab.
Kain Tudung
-
Pemakaian tudung diwajibkan. Kain tudung
hendaklah tidak terlalu labuh iaitu melebihi paras pinggang dan perlu
diperkemaskan semasa menjalankan ujikaji di makmal sains.
-
Hanya kain tudung berwarna putih sahaja yang
dibenarkan.
Kasut
-
Kasut hendaklah jenis yang disarungkan dan
bukan jenis selipar atau sandal.
-
Ketinggian tumit tidak melebihi 1 inci.
-
Kasut bergaya dan berwarna tidak dibenarkan.
-
Kasut warna Hitam & kasut getah putih sahaja
dibenarkan dipakai semasa kekelas akademik.
Barang Kemas
-
Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai
sebarang barang kemas kecuali cincin (bukan emas).
-
Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai
barang-barang kemas.
|
| |
|
|
| |
|
Jalan Jenun 06750
Pendang , Kedah Darul Aman |
|
No Telefon:
04-7583857/7583858, Fax: 04-7593855 |
|
|
Paparan
terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi
skrin 1024X768 pixels |
|
Penafian : Pihak MARA atau
Pengurusan Maktab tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami
disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini
Sebarang pertanyaan atau
keraguan emailkan
Webmaster MRSM Pendang |
|
|
| |