MRSM PENDANG
BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL 
   

PERATURAN KELUAR KE BANDAR

 

 

JADUAL KELUAR KE BANDAR PADA HUJUNG MINGGU / CUTI AM

Secara giliran (lelaki/perempuan) pada hari-hari berikut : -

1.    Jumaat        :           2.30 petang – 6.00 petang

2.    Sabtu          :           10.30 pagi – 6.00 petang

Cuti Am  :               Dengan kebenaran Pengetua, Timbalan Pengetua HEP dan Ketua Warden.

 

KELUAR KE BANDAR PADA HARI-HARI PERSEKOLAHAN

 

1.1   Kebenaran bertulis daripada Pengetua dan Timbalan Pengetua HEP semasa waktu kelas akademik.

 

1.2   Kebenaran bertulis daripada Timbalan Pengetua HEP atau Ketua Warden atau warden bertugas di luar waktu kelas akademik.

 

1.3   Dalam kedua-dua perkara di atas pelajar hendaklah berurusan dengan Ketua Warden / Warden bertugas untuk pengesahan di dalam Kad Keluar Kampus Pelajar.

Kebenaran tersebut juga dikira sebagai satu kali penggunaan masa keluar ke Bandar dalam satu minggu.

 

 KELUAR KE BANDAR PADA WAKTU-WAKTU LAIN

1.1   Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar selain daripada masa-masa yang telah ditetapkan. Kelulusan bertulis perlulah diperolehi daripada Pengetua/Timbalan Pengetua HEP/Ketua Warden jika didapati keadaan memerlukan. Contoh : Keluar bersama Guru Penasihat atau Warden.

 

TATACARA KELUAR KE BANDAR

 

1.1   Para pelajar hendaklah mematuhi giliran keluar Bandar yang telah ditetapkan pada setiap minggu oleh pihak pentadbiran asrama.

 

1.2   Kad Kebenaran Keluar Kampus hendaklah dipenuhi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pihak berkenaan sebelum diserahkan di Pondok Pengawal.

 

1.3   Para pelajar hendaklah berpakaian seragam/atau berjau batik maktab seperti yang dikehendaki dalam peraturan mengenai pakaian.

 

1.4   Para pelajar dikehendaki keluar dalam kumpulan berdua atau lebih dan daripada jantina yang sama.

 

1.5   Adalah menjadi satu kesalahan jika didapati pelajar mengunjungi tempat-tempat yang dilarang seperti di bawah : -

 

i.    Pusat-pusat permainan hiburan yang memiliki alat permainan “Billiard :, mesin “Pin Ball”, “Video Games” Snooker.

ii.    Semua tempat permainan “Bowling”.

iii.   Semua kelab malam, bar, disko dan yang sebagainya.

iv.   Semua tempat pelacuran atau pusat-pusat kesihatan yang bertujuan seumpamanya.

Pelajar-pelajar mestilah menunjukkan kelakuan yang baik semasa berada di luar kawasan maktab untuk tujuan menjamin keselamatan diri sendiri dan menjaga nama maktab.

 

   
 
Jalan Jenun 06750 Pendang , Kedah Darul Aman
No Telefon: 04-7583857/7583858, Fax: 04-7593855
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024X768 pixels

Penafian : Pihak MARA atau Pengurusan Maktab tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini

Sebarang pertanyaan atau keraguan emailkan

Webmaster MRSM Pendang