|
Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta
Keputusan Peperiksaan UPSR yang telah disahkan semasa membeli borang.
Bayaran adalah sebanyak RM 5.00 (RM: Lima Ringgit)
tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang
atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA].
Borang
yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah
:-
Tarikh tutup
permohonan ialah 10 hari selepas keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.
Tingkatan
4
1.
Pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
dan Pelajar Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah
Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
2.
Mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sains dan Matematik) dan tiada gred
C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR.
3. Markah yang
tinggi dalam UKKM.
4. Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan
menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM(UKKM) sebagai prasyarat Kemasukan ke
Tingkatan 4 MRSM.
5.
Pelajar yang menuntut di sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan
(SBP, SBPI) dan SMKA di bawah (JAPIM)
Kementerian Pelajaran tidak layak memohon.
Cara Memohon :
1.
Pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Matematik
dan Sains dalam peperiksaan Semester 1, Tingkatan 3 hendaklah
datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan
borang permohonan semasa penjualan borang.
2. Pemohon hendaklah membawa salinan Kad
Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan semester 1 Tingkatan 3
yang telah disahkan semasa membeli borang.
3. Bayaran adalah sebanyak RM 10.00
(RM: Sepuluh Ringgit) tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk
wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA].
Bagi pemohon yang memohon Borang
Permohonan melalui pos, sila sertakan wang pos/kiriman wang,
salinan kad pengenalan, surat beranak, keputusan Peperiksaan Semester Satu
Tingkatan Tiga, yang telah disahkan benar serta
sampul surat tebal berukuran 25 cm x 36 cm beralamat sendiri dan bersetem
RM1.00 (Ringgit : satu saja) kepada Pejabat MARA Negeri/Daerah yang terdekat.
Pelajar yang memohon akan dimaklumkan oleh PMN/PMD
mengenai tarikh, masa dan tempat ujian.
Kertas peperiksaan UKKM seperti berikut:-
Matematik ( 50 soalan) 60 Minit
Sains ( 50 soalan) 60 Minit
Keperibadian (100 soalan) 30 Minit |
Ujian ini dijadualkan pada hari Sabtu selepas
peperiksaan PMR
|
Pengarah
Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah)
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur |
Pemohon yang
berjaya sahaja akan dihubungi. sekiranya tiada jawapan diterima sehingga
30 April pada tahun ini, permohonan dianggap tidak
berjaya.
|