|
|
HAL EHWAL PELAJAR
Bahagian yang
diketuai oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar En Arifin B Abu Bakar, bertanggungjawab dalam
mentadbir dan menguruskan ke semua program yang berkaitan kebudayaan sosial,
perkhidmatan program motivasi, kurikulum, kebajikan dan
keselamatan para pelajar. Lebih khususnya tanggungjawab bahagian ini lebih
berkisar kepada disiplin pelajar dan peraturan maktab.
Unit
Perkhidmatan Kaunseling
Unit ini diuruskan oleh dua orang kaunselor sepenuh masa membantu pelajar dalam bidang-bidang seperti kerjaya, akedemik,
pembelajaran, data dan pencalonan. Objektif kewujudan unit ini adalah untuk:
-
Membentuk personaliti sihat dan bertanggungjawab
di atas tingkah laku pelajar.
-
Memastikan pembentukan sikap yang sihat terhadap
bidang kerjaya.
-
Membentuk peribadi yang berkemampuan menghadapi
cabaran kehidupan dalam pelbagai
-
keadaan.
-
Memastikan prestasi pencapaian akedemik setaraf
dengan keupayaan mereka.
-
Membincangkan hal ehwal perkembangan pelajar
dengan dunia luar.
|
| |
Selaras dengan objektif tersebut,
pihak MARA khususnya berharap para graduasi MRSM yang dilahirkan berdaya
saing, berdedikasi serta cemerlang dalam akedemik, sahsiah dan kerjaya pada
masa akan datang.
Keluarga Di MRSM (Homeroom)
'Sekumpulan pelajar-pelajar sebaya yang mejalani hidup
bersama dalam suasana persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang
berfungsi sebagai pembimbing dan penjaga dalam ruang dan waktu yang tidak
terbatas'.
-
Dibentuk oleh pihak maktab
-
Terdiri dari pelajar sebaya
-
Ahli berbeza latar belakang dan kawasan berlainan
-
Tidak terhad kepada satu jantina
-
Penasihat dilantik pengetua
Fungsinya
Sebuah Unit Keluarga
-
Mempunyai nilai kekeluargaan
-
Penyelesaian masalah dan projek bersama
-
Hubungan intim antara penasihat dan pelajar
diwujudkan seperti sebuah organisasi keluarga dalam membimbing dan
mendidik.
Mengesan Dan Menyelesaikan Masalah
Warden Asrama
Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh
tugas mengawal asrama dipikul oleh warden asrama.
Diketuai oleh Ketua Warden En Ashar B Ab Majid, warden ditugaskan bagi
memastikan perjalanan kehidupan harian pelajar-pelajar MRSM Pendang
berjalan dengan lancar. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan
disiplin pelajar dan urusan keluar masuk pelajar.
|