Soalan-Soalan Lazim (FAQ'S)
 
Pusat Sumber Pembelajaran
a
Berapa naskah bahan yang boleh dipinjam dan tempoh pinjaman sesebuah buku?
Pinjaman buku dibuat berdasarkan kategori tersebut
buku di rak terbuka = 1 naskah/1 minggu

buku rujukan = 1 hari sahaja

Denda dikenakan jika melebihi tempoh pinjaman yang ditetapkan iaitu satu hari sepuluh sen untuk buku di rak terbuka dan lima puluh sen satu hari untuk buku rujukan.
 
Di manakah kedudukan buku-buku ?
Buku-buku di Pusat Sumber Pembelajaran telah dikelaskan mengikut nombor pengkelasan berdasarkan kepada jenis dan bidang buku tertentu. Buku-buku tersebut juga telah disusun di rak buku berdasarkan nombor pengkelasan tersebut.
 
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan buku-buku yang berkaitan dengan tujuan tertentu?
Di Pusat Sumber Pembelajaran, buku-buku dan rak-rak telah dilabelkan mengikut nombor pengkelasan berrdasarkan bidang tertentu untuk rujukan pengguna, jadi pengguna boleh merujuk pada nombor pengkelasan tersebut.
 
Bilakah waktu untuk pinjaman dan pemulangan buku?
Proses peminjaman buku bermula pada pukul 10.00am-11.30am dan masa pemulangan buku ialah pada pukul 2.00pm-3.15pm.
 
Bagaimanakah prosedur pinjaman buku rujukan?
Buku rujukan hanya boleh dipinjam dalam tempoh 1 hari iaitu pinjaman bermalam. Denda akan dikenakan sebanyak lima puluh sen untuk pemulangan buku yang lewat satu hari.
 
Bagaimanakah untuk membezakan buku di rak terbuka dan buku rujukan ?
Buku rujukan diletakkan di dalam bilik khas iaitu Bilik Rujukan dan dilabel “RED SPOT” manakala buku di rak terbuka pula diletakkan di kawasan Dewan Pusat Sumber Pembelajaran.
 
Bagaimakah cara penggunaan buku-buku rujukan dan buku di rak terbuka?
Bagi buku-buku rujukan, pengguna perlu merekodkan nama dan waktu penggunaan buku tersebut. Manakala bagi buku-buku di rak terbuka pula penggunaannya adalah adalah bebas dan terbuka selagi berada di dalam Dewan Pusat Sumber Pembelajaran .
 
Adakah perkhidmatan photostate disediakan?

Perkhidmatan Photostate disediakan bermula pada pukul 10.20am-11.30am. Perkhidmatan ini dibuat berjadual supaya tidak mengganggu tugas-tugas pengoperasian Pusat Sumber Pembelajaran

 
Apakah kemudahan yang diselia oleh Unit Pusat Sumber Pembelajaran untuk kegunaan warga MRSM Pendang ?

Dewan Pusat Sumber Pembelajaran

Tempat untuk mentelaah bahan-bahan pembelajaran yang disediakan
Memberi ruang untuk memuatkan tidak melebihi 200 orang pengguna bagi sesuatu perjumpaan atau taklimat
 
Bilik Rujukan

Menyediakan buku-buku berharga mahal, buku-buku yang diimport dan sukar diperolehi.

 
Open Library

Menyediakan kemudahan penggunaan komputer berinternet untuk semua warga MRSM Pendang.

 
Dewan Kuliah

Memberi ruang untuk mengadakan perjumpaan, taklimat, ceramah dan sebagainya

Boleh memuatkan 200 orang
Disediakan kemudahan penggunaan LCD dan AV
 
Bilik Tayangan

Memberi ruang untuk guru-guru mengajar dengan menggunakan Alatan Bantu Mengajar seperti pemain CD, Overhead Projector, LCD Projector dan AV

Boleh memuatkan 60 orang pelajar di dalam sesuatu masa
Memberi kemudahan untuk tempahan sebarang Tayangan
 
 
Hakcipta Terpelihara
Maktab Rendah Sains Mara Pendang
Jalan Jenun 06750 Pendang , Kedah Darul Aman
No Telefon: 04-7583857, Fax: 04-7583858