Soalan-Soalan Lazim (FAQ'S)
 
Pentadbiran
Perkeranian Surat Menyurat | Kewangan (Penyediaan Cek) | Kewangan (pembelian) | Cetakan | Koperasi | Pengkeranian HEP
 
Perkeranian Surat Menyurat
Bilakah surat-surat dipos?
Surat-surat dihantar ke Pejabat Pos setiap hari pada pukul 12.00 tgh. kecuali hari Cuti.
 
Dimanakah terletaknya borang cuti dan sebagainya?
Semua borang yang berkaitan dengan cuti dan sebagainya terletak di dalam rak-rak pejabat
Kewangan (Penyediaan Cek)
Bilakah cek boleh disiapkan?
Cek akan siap dalam tempoh 2 minggu hingga 1 bulan dari tarikh penerimaan bil atau borang tuntutan perjalanan
 
Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapat bayaran berkaitan tuntutan perjalanan yang dibayar di Ibu Pejabat?
Biasanya 1 hingga 3 bulan
 
Kewangan (pembelian)
Bilakah pindaan peruntukan boleh dilakukan?
Dalam bulan ke 6 setiap tahun
 
Ada berapakah cara pembelian?
Ada 2 cara pembelian
Perolehan dan Permohonan (Lampiran E)
 
Bagaimanakah untuk membeli secara tunai?
Belian harus disertakan dengan resit bayaran.
 
Bagaimanakah untuk membuat pendahuluan perjalanan?
Pemohon mesti menyertakan surat tawaran serta mengisi borang berkaitan dan kembalikan borang tersebut 2 minggu sebelum tarikh bertolak
 
Bagaimanakah jika pendahuluan mesti dilakukan dengan kadar segera?
Dapatkan budi bicara pengawal pusat
 
Adakah semua peruntukan dan pembayaran direkod?
Semua peruntukan dan pembayaran direkod dalam buku ‘vote’ yang diselenggara setiap hari dan disahkan oleh PPTK.
 
Adakah setiap dokumen kewangan dibuat salinan?
Setiap dokumen kewangan ada salinan dan difailkan bersama salinan baucer bayaran untuk rekod maktab.
 
Cetakan
Adakah Mesin pendua berfungsi dengan baik?
Sentiasa baik dan jika rosak perlu segera diperbaiki
 
Adakah Mesin risograph berfungsi dengan baik?
Sentiasa baik dan jika rosak perlu segera diperbaiki
 
Bolehkah individu yang tak berkaitan mengendalikan mesin-mesin tersebut?
Tidak sama sekali, notis amaran telah dikeluarkan
 
Adakah bahan yang dihantar boleh diambil dengan segera?
Bergantung kepada situasi serta beban permintaan cetakan semasa.
 
Apakah saiz kertas yang dikehendaki untuk membuat percetakan?
Saiz asal, saiz besar, saiz kecil.
 
Adakah kertas warna dan plastik transferansi disediakan?
Kertas warna mesti dimohon daripada PT Stor atau Ketua Jabatan.
 
Koperasi
Adakah bahan keperluan asrama ada dijual di koperasi Maktab?
Semua keperluan asas pelajar, ada dijual di Koperasi, termasuk baju batik, cadar, bantal dan sebagainya.
 
Berapa harga baju batik pelajar?
RM 50.00 (Lelaki) RM 55.00 (Perempuan)
 
Pengkeranian HEP
Bilakah tarikh bermula cuti?
Semua hal berkaitan cuti perlu dirujuk oleh Pengetua, PPHEP atau warden.
 
Berapa salinan borang keluar ke klinik perlu diisi?
2 salinan sahaja serta mendapat kelulusan oleh Pengetua/PPHEP/warden.
 
Bilakah waktu yang ditetapkan untuk pelajar ke Klinik?
Pagi : 8.30 am. Petang : 2.30 pm.
 
Dimanakah pelajar perlu menunggu untuk ke Klinik?
Pelajar perlu menunggu di Anjung Pejabat Pentadbiran (Administration Foyer).
 
Berapakah kekerapan pelajar dibenarkan keluar ke Klinik untuk mendapatkan rawatan?
Pelajar dibenarkan keluar ke Klinik 2 kali sehari, jika ada kecemasan warden bertugas bertanggungjawab menghantar pelajar berikut.
 
 
Hakcipta Terpelihara
Maktab Rendah Sains Mara Pendang
Jalan Jenun 06750 Pendang , Kedah Darul Aman
No Telefon: 04-7583857, Fax: 04-7583858