MRSM PENDANG
BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL 
   

HAL EHWAL AKADEMIK

      Dalam bahagian Hal Ehwal Akademik MRSM Pendang terdapat beberapa Jabatan seperti Jabatan Bahasa, Jabatan Matematik, Jabatan Sains, Jabatan Pengajian Am. Manakala Unit Perpustakaan, UPPM dan Unit Teknologi  Maklumat juga di kendalikan oleh Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik iaitu En Ab Rahim B Ahmad. Objektif utama bahagian ini adalah untuk memastikan setiap pelajar mendapat keputusan cemerlang A bagi semua subjek di dalam peperiksaan PMR dan SPM.

JABATAN BAHASA

Jabatan Bahasa MRSM Pendang terdapat 2 unit iaitu unit Bahasa Melayu dan unit Bahasa Inggeris. Jabatan Bahasa di ketuai oleh Pn Nik Nur Zarirah Bt Muhd Nur.

JABATAN MATEMATIK

Jabatan Metematik MRSM Pendang juga di bahagikan kepada 2 unit iaitu unit Matematik dan unit Komputer yang diketuai oleh Pn Hamidah Bt Abdullah. 

 

 

JABATAN SAINS

Jabatan Sains MRSM Pendang di ketuai oleh En Zulfitry B Chik @ Ismail. Jabatan ini mempunyai beberapa unit seperti Unit Biologi , Unit Kimia, Unit Fizik dan Unit Sains Teras.

JABATAN SAINS SOSIAL

Jabatan ini diketuai oleh En Mohd Sokry B Ahmad. Dalam jabatan ini terdapat beberapa unit seperti unit Pendidikan Islam, Unit Sejarah, Unit Geografi, Unit Akaun / Pendidikan Moral, Unit Senireka, Unit Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Jasmani Kesihatan dan juga Unit Pen Sivik dan Kenegaraan.

KOMITI PUSAT SUMBER PERBELAJARAN

Komiti Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) juga merupakan unit yang dikendalikan oleh Hal Ehwal Akademik. Perpustakaan ini menyediakan banyak kemudahan untuk pelajar mahupun guru-guru MRSM Pendang. Perpustakaan ini dikendalikan oleh Puan Norzalina Bt Taslim.

KOMITI ICT

Komiti ICT ini juga merupakan unit yang dikendalikan oleh Hal Ehwal Akademik. Unit ICT ini dianggotai oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer. Unit ini bertanggungjawab mengendalikan perkakasan yang berkaitan dengan perkomputeran. Objektif unit ini adalah untuk memastikan keselamatan penggunaan sistem komputer dengan cara yang betul serta bantuan pengajaran kepada pelajar dan juga guru.

 

   
 
Jalan Jenun 06750 Pendang , Kedah Darul Aman
No Telefon: 04-7583857/7583858, Fax: 04-7593855
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024X768 pixels

Penafian : Pihak MARA atau Pengurusan Maktab tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini

Sebarang pertanyaan atau keraguan emailkan

Webmaster MRSM Pendang