MRSM PENDANG
BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL 
   
 
 
 
 

Pentadbiran

      Pentadbiran MRSM Pendang adalah di bawah tanggungjawab Pengetua selaku pengawal pusat. bagaimanapun tugas dan tanggungjawab ini diperturunkan secara langsung kepada Pen. Pegawai Tadbir Kanan, Pn Anisah Bt Hashim melalui Timb. Pengetua HEA, HEP dan Kokurikulum. Unit Pentadbiran bertanggungjawab untuk menyellia, menyelaras dan mengawal operasi pentadbiran pejabat bagi urusan perancangan, pelaksanaan, pengurusan sumber manusia, kewangan dan pembangunan maktab. Berikut adalah merupakan objektif bahagian ini.

  1. Mencapai pematuhan 100% dalam aspek pemeriksaan audit pada setiap tahun.

  2. Memastikan kerja-kerja senggaraan dilaksanakan dengan berkesan dalam masa seminggu laporan diterima.

  3. Memastikan sekurang-kurangnya 90% urusan pembelian dibuat dalam masa 7 selepas diluluskan.

  4. Memastikan sekurang-kurangnya 90% bil/invois dibayar dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan dengan syarat dokumen untuk tujuan pembayaran tersebut telah lengkap.

  5. Semakan untuk Belanjawan Perjawatan hendaklah dilaksanakan sebanyak 3 kali dalam setahun bagi memastikan bilangan guna tenaga sedia ada mencukupi berdasarkan keperluan maktab.

 

Kerja yang terbabit:

  • Pengurusan Akaun Panjar Perkhidmatan

  • Pengurusan Akaun Panjar EMR

  • Pengurusan Akaun Pengutan

  • Penyediaan Belanjawan Mengurus

  • Penyediaan Pindaan Peruntukan

  • Penyediaan Permohonan Tambahan Peruntukan

  • Pengambilan Guru/Kakitangan Sambilan

  • Permohonan Pembelian Lampiran E

  • Pembelian / Permohonan secara Terus

  • Urusan Pembelian / Perolehan Melalui Sebut Harga

  • Pemantau Kaedah Pelupusan

  • Pengawasan Kerja-Kerja Senggaraan

  • Pengawasan Kerja-kerja Penswastaan

   
 
Jalan Jenun 06750 Pendang , Kedah Darul Aman
No Telefon: 04-7583857/7583858, Fax: 04-7593855
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024X768 pixels

Penafian : Pihak MARA atau Pengurusan Maktab tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini

Sebarang pertanyaan atau keraguan emailkan

Webmaster MRSM Pendang