DEKLARASI BUDAYA MRSM

Deklarasi Budaya MRSM telah dilancarkan di MRSM Balik Pulau. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Usahawan pada 16 Ogos 1997. Budaya MRSM yang dimaksudkan ialah cara bertindak atau cara hidup warga MRSM khususnya pelajar-pelajar yang dapat menggambarkan identiti mereka sebagal produk MRSM yang unggul. Adalah menjadi hasrat MARA untuk melahirkan pelajar yang mempunyai dan mengamalkan ciri-ciri budaya MRSM yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam seperti berikut.

 

BUDAYA ILMU

Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan, meningkatkan ilmu di samping menemu dan membina ilmu pengetahuan.

 

BUDAYA KEPIMPINAN

Bersemangat dan mempunyai ciri-ciri untuk mengamalkan, meningkatkan ilmu di samping menemu dan membina ilmu pengetahuan.

 

BUDAYA PENYAYANG

Mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat menghormati, bersedia membantu orang lain, sayang harta benda dan alam sekitar.

 

BUDAYA KEPERSISAN BAHASA

Mampu berbahasa dengan bijak, tepat dan j itu. Boleh menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

BUDAYA BERFIKIR

Dapat berfikir secara kreatif, kritis, inovatif, proaktif dan rasional.

 

BUDAYA CEMERLANG

Cara berfikir, cara bertindak/berkelakuan pada tahap yang sangat baik. Sentiasa berusaha mencapai tahap yang terbaik dalam pelbagai bidang.

 

BUDAYA KEUSAHAWANAN

Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan nisiko disamping mempunyai sikap proaktif, komitmen, tekat dan cekal.

 

BUDAYA SAINTIFIK

Mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi masa depan.

 

BUDAYA MENGHARGAI MASA

Dapat menepati dan menggunakan mas a dengan berkesan.

 

BUDAYA SIHAT

Menjaga kesihatan dan rupa diri, bersih fizikal, mental dan spiritual dan mengamalkan gaya hidup sihat.

 

BUDAYA ESTETIK

Menghayati seni dan keindahan (estetik). Boleh menghasilkan sesuatu yang indah dan dapat diterima oleh orang lain.

 

BUDAYA MUAFAKAT JAMIE

Mengamalkan semangat bekerjasama, bantu membantu dan semangat persaudaraan (esprit de corps).

 

BUDAYA JATI DIRI

Mengenal asal usul dan adat resam serta menunjukkan kecintaan terhadap bangsa dan mendaulatkannya.

 

BUDAYA BERADAB

Mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan santun dan maju dalam tingkat kehidupan (jasmani dan rohani)

 

BUDAYA BERDIKARI

Mempunyai dorongan dalam untuk membina, mengarah dalam mencapai matlamat sendiri (self directed).

 

KESIMPULAN

Penghayatan yang padu oleh semua warga MRSM terhadap keperluan wujudnya budaya MRSM im amatlah penting agar segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ketiadaan penghayatan dan kerjasama daripada semua pihak akan mengakibatkan amalan hidup yang kita ingin capai tidak akan menjadi kenyataan. Warga MRSM seluruhnya harus menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar untuk mencapai matlamat ini. Pelaksanaan semua aktiviti berlandaskan Budaya MRSM secara tidak langsung telah dapat menerapkan ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan di kalangan pelajar MRSM yang berpengetahuan, berkemahiran, mempunyai ketahanan diri, boleh berkomunikasi dengan berkesan di samping mempunyai keimanan yang mantap.