Design by : Unit ICT MRSMPC || Hakmilik © 2009 MRSM Pengkalan Chepa
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixels
Penafian : MRSMPC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.
Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu, Kelantan DarulNaim.
Tel : 09-773 8252 / 8396
Faks : 09-773 8254
PENGENALAN PENUBUHAN
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENGKALAN CHEPA
Bermula dari awal cadangan pembinaannya pada tahun 1968, kerajaan telah bersetuju dengan konsep penubuhannya pada tahun 1970, maka pada tahun 1971 MRSM sulung dibina di atas tapak 10 ekar,di Lorong Green, Seremban, Negeri Sembilan dan diberi nama MRSM Seremban.
Pada tahun 1972, Kerajaan Kelantan pula telah bermurah hati untuk membenarkan MRSM kedua dibina di tapak seluas 17 ekar di Pengkalan Chepa. Di bandar kecil ini, di tapak kering yang berpasir serta berbekalkan sederet bangunan papan sebagai bilik darjah, sederet lagi untuk makmal dan dihiasi pula dengan dengan sederet pokok kecil yang cantik sebagai asrama maka lahirlah satu nama gah dalam senarai institusi pendidikan tanahair, MRSM Kota Bharu.
Berpegang kepada motto 'Berdisplin, Berilmu, Beramal' serta dengan azam kental digenggam, dengan harapan sejuta janji maka menapaklah 149 orang putera dari segenap pelosok tanah air bersama 20 orang kakitangan menjadi penghuni pertama MRSM Kota Bharu iaitu pada pertengahan bulan Januari 1973, tarikh keramat MRSM Kota Bharu bersama pelajar sulungnya.
Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai.Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.
Pada tahun 1975, dalam masa 2 tahun sahaja persekitaran lopak,kusam berlubang dan berbukit bukau pasir, telah berubah wajah apabila bangunan-bangunan siap dibina. Pada ketika itu ia merupakan mercu tanda yang membanggakan pekan Pengkalan Chepa. Pada 12 Ogos 1975, MRSM ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah DYMM Al Sultan Yahya Petra D.K,S.P.M.K.