Design by : Unit ICT MRSMPC || Hakmilik © 2009 MRSM Pengkalan Chepa
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixels
Penafian : MRSMPC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.
Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu, Kelantan DarulNaim.
Tel : 09-773 8252 / 8396
Faks : 09-773 8254
PERANGKAAN PELAJAR
MRSM Pengkalan Chepa mempunyai dua kumpulan pelajar iaitu pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. MRSM PC mampu menampung kapasiti pelajar di antara lingkungan 600 sehingga 700 orang pelajar. Untuk setiap tahun, pengambilan pelajar baru adalah lebih kurang 300 orang pelajar.
PENGAMBILAN PELAJAR
MRSM Pengkalan Chepa merupakan salah satu daripada empat maktab Program Khas Pendidikan (PKP) di Malaysia, selain MRSM Langkawi, MRSM Taiping dan MRSM Jasin. Kaedah pengambilan pelajar adalah sama dengan kaedah pengambilan pelajar bagi MRSM lain, namun begitu terdapat penekanan terhadap beberapa kriteria penting. Berikut ialah syarat kelayakan untuk memasuki salah satu daripada MRSM Bitara :-
- Mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah.
- Lulus ujian kecenderungan yang diadakan bagi calon-calon MRSM selepas PMR di pusat-pusat tertentu
- Aktif dalam bidang ko-kurikulum.
Untuk setiap tingkatan, terdapat di antara 12 - 15 kelas, bergantung terhadap pengambilan pelajar pada tahun tersebut. Setiap kelas boleh memuatkan 25 orang pelajar.
Tempoh pengajian di MRSM PC ialah selama dua tahun ataupun empat semester. Selepas peperiksaan SPM, para pelajar akan diraikan dalam Majlis Graduasi untuk menandakan kejayaan melahirkan anak-anak MARA yang mampu menerajui tonggak negara pada masa hadapan.
MRSM Pengkalan Chepa hanya mengambil pelajar-pelajar baru untuk Tingkatan 4 sahaja pada setiap tahun. Pengambilan pelajar baru biasanya dilakukan pada bulan Februari.
Permohonan untuk memasuki MRSM selalunya dibuka oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA kepada calon-calon selepas pertengahan tahun. Calon-calon boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat MARA Negeri.
STATISTIK PELAJAR MRSM PENGKALAN CHEPA 2010
JUMLAH PELAJAR TINGKATAN 4 2010
Lelaki : 178
Perempuan : 175
Jumlah : 353
JUMLAH PELAJAR TINGKATAN 5 2010
Lelaki : 163
Perempuan : 179
Jumlah : 342 JUMLAH KESELURUHAN : 695