Design by : Unit ICT MRSMPC || Hakmilik © 2009 MRSM Pengkalan Chepa
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixels
Penafian : MRSMPC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.
Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu, Kelantan DarulNaim.
Tel : 09-773 8252 / 8396
Faks : 09-773 8254
PENGENALAN PROFIL
VISI MRSM PENGKALAN CHEPA
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia
MISI MRSM PENGKALAN CHEPA
Untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing di bidang sains dan teknologi
MATLAMAT MRSM PENGKALAN CHEPA
Menjadi penyumbang utama kepada pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing di peringkat nasional dan global
FALSAFAH PENDIDIKAN
MRSM PENGKALAN CHEPA
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidkan adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.
NILAI TERAS MRSM PENGKALAN CHEPA
Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik
OBJEKTIF MRSM PENGKALAN CHEPA
- Meningkatkan bilangan pelajar putera yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi, matang dan patriotik
- Menambah peluang dan kemudahan pendidikan yang berkualiti kepada anak bumiputera yang cemerlang dalam bidang sains dan keusahawanan
- Menjadi pusat penjana ilmu serta inovasi dalam pembangunan pendidikan bumiputera dan pendidikan global
PIAGAM PELANGGAN
Komited kepada :
- Memberikan layanan yang mesra, cekap, berkualiti,kepada setiap pelanggan atau pembekal yang berurusan dengan kami
- Membantu pelanggan atau pembekal yang memerlukan bantuan atau pertolongan kami
- Memenuhi keperluan dan harapan pelanggan-pelanggan dan pembekal