Design by : Unit ICT MRSMPC                                                           ||                                      Hakmilik © 2009 MRSM Pengkalan Chepa
Sebarang cadangan dan komen sila kemukakan kepada webmaster : mrsmdc@mara.gov.my
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixels
Penafian : MRSMPC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.
Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu, Kelantan DarulNaim.
Tel : 09-773 8252 / 8396
Faks : 09-773 8254
http://www.mrsmkm.edu.my/pchepa

FASILITI    >   PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN   >     UNIT MULTIMEDIA / ICT   >  KOPERASI
Imbasan PSP MRSM Pengkalan Chepa

   Pada bulan Januari 1973, apabila bertapaknya MRSM Kota Bharu, Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) diwujudkan dengan kehadiran seorang Pegawai Perpustakaan dan seorang PAR PSP. Sebuah bilik dengan keluasan sederhana telah dijadikan sebagai tempat rujukan para pelajar pada masa itu. PSP sebelum ini pernah ditempatkan di Dewan Makan , Bilik Jabatan Sains (1989) dan akhirnya di aras satu bangunan Pentadbiran (1990) sehinggalah kini.

   Berpegang kepada konsep utama MRSM 'Pendidikan Sains & Teknologi diketengahkan, Ketakwaan Dijana dan Keusahawanan Disemai', PSP telah menempatkan pelbagai buku dan bahan rujukan bagi memenuhi keperluan tersebut. Selain dari itu, kemudahan seperti Makmal Multimedia I (Internet), Makmal Multimedia II (Open Library), Ruang Seminar dan Bilik Mesyuarat juga turut disediakan.

Visi

Sebagai nadi MRSM PC yang menyambung kepada kecemerlangan akademik, berperanan membekal, menyalurkan maklumat, rujukan, penyelidik dalam pelbagai media untuk dinikmati oleh warga MRSM PC khususnya dan masyarakat sekitar umumnya.

Misi

Melahirkan warga maktab yang berdaya maju, kreatif dan inovatif dalam memenuhi tuntutan wawasan generasi serta pendidikan negara.


Objektif

  1. Memastikan bahan-bahan bacaan, rujukan, kajian, penulisan tesis dan pengumpulan maklumat yang terkini untuk pengguna.
  2. Menjadikan PSP tempat yang selesa dan ceria bagi pelajar, guru dan kakitangan kunjungi untuk membuat rujukan, bacaan dan mengulangkaji pelajaran.
  3. Mewujudkan dan mengadakan ruang-ruang seperti ruang seminar dan bilik mesyuarat yang selesa untuk semua program maktab.
  4. Memberi Perkhidmatan kaunter dengan layanan mesra dan berhemah kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan.
  5. mewujudkan satu sistem pengendalian perpustakaan yang memenuhi kehendak pelanggan.

PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN (PSP)