Design by : Unit ICT MRSMPC || Hakmilik © 2009 MRSM Pengkalan Chepa
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixels
Penafian : MRSMPC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.
Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu, Kelantan DarulNaim.
Tel : 09-773 8252 / 8396
Faks : 09-773 8254
BADAN WAKIL PELAJAR ( BWP )
MRSM PENGKALAN CHEPA
PENGENALAN BWP
Badan Wakil Pelajar (BWP) ditubuhkan sebagai satu badan kebajikan dan kerjasama dalam menjaga kepentingan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ke arah mencapai matlamat dan wawasan pembangunan bangsa dan negara,disamping menjadi titian atau landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyubur bakat kepimpinan serta demokrasi dan kerjasama di kalangan pelajar.
MATLAMAT
Matlamat merupakan satu aset yang penting dan bertindak sebagai teras atau jalan supaya semua perancangan yang dijalankan sentiasa berada di landasannya.Antara matlamat BWP ialah :
- Moto MRSM "Berdisplin,Berilmu dan Beramal" adalah sentiasa dijunjung dan diamalkan oleh setiap pelajar.
- Setiap pelajar mendapat pimpinan, bimbingan, kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- Program/aktiviti BWP telah dirancang dengan rapi untuk memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan.