MRSM Muar merupakan MRSM pertama yang didirikan di Negeri Johor dan MRSM yang ke lapan dibina di Malaysia. MRSM Muar terletak di Mukim Bakri di daerah Muar, kira-kira 10 km dari Bandar Maharani Muar. Keluasan kampus adalah 23 hektar.
MRSM Muar telah mula beroperasi mula 3 Februari 1981 dengan pengambilan pelajar pada 14 Ogos 1981 seramai 150 orang pelajar 1 dan 149 pelajar tingkatan 2. Sehingga akhir tahun 2005 bilangan pelajar yang telah tamat pengajian dari MRSM Muar melebihi 4500 orang
Setelah lebih 25 tahun beroperasi MRSM Muar telah menempa banyak kejayaan dan kecemerlangan terutama dalam bidang akademik. Antara yang boleh membanggakan maktab ini, adalah pencapaian 100% pelajar mendapat gred 1 dalam peperiksaan SPM 1997 dan seramai 49 pelajar mendapat keputusan gred A dalam semua subjek SPM 2003. Sehingga kini ramai pelajar lepasan MRSM Muar yang telah berjaya dalam bidang masing –masing seperti menjadi tokoh korporat, pemimpin politik, dan pegawai tinggi sektor awam dan swasta. Kejayaan yang sangat membanggakan MRSM Muar ialah seorang bekas pelajar maktab ini iaitu Dr. Sheikh Muzaphar bin Shukur telah dipilih sebagai calon Angkasawan Negara.