FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM

Maktab Rendah Sains MARA Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

"Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kerbergunaan manusia kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Kami juga yakin bahawa sekolah yang berkualiti dan cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Di samping itu, setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan."

Pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan kepada pelajar seperti kemudahan berkomputer, koperasi, dewan makan, musolla, pusat sumber pembelajaran, wakaf ulangkaji dan sebagainya.
Copyright @ 2009, www.irwanrashdyrashid.com, All rights Reserved.
Sekilas Pandang & Selamat Datang...
Kelab guru dan staf yang berfungsi sebagai medium aktiviti para guru dan staf seperti lawatan, hari keluarga maktab, majlis keraian sambutan majlis rasmi dan sebagainya.
Badan permuafakatan yang menjaga para pelajar dari sudut kebajikan dan juga akademik.