Sejarah MRSM Mersing

 
   

          Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing terletak di Km.6 Jalan Jemaluang Mersing dan dibina diatas sebidang tanah seluas 51 ekar (20.8 Hektar).  Ianya mula dibina mulai Jun 1999 dan siap sepenuhnya padaa Mei 2001 dengan perbelanjaan sebanyak26 juta. 

           MRSM telah mendapat sijil layak menduduki bangunan (CF) pada 23 Oktober 2002 oleh pihak berkuasa tempatan.  Kawasan seluas 37 ekar terdiri daripada bangunan utama seperti blok pentadbiran, bangunan kuliah, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, dewan besar, surau, bangunan akademik, stor, rumah kediaman kakitangan dan guru serta padang-padang permainan. 

          MRSM Mersing mula beroperasi sepenuhnya pada 30 April 2001 dengan pengambilan pelajar pertama seramai 512 orang yang terdiri dari 263 pelajar MRSM Mersing dan 249 orang pelajar MRSM Batu Pahat yang ditumpang secara sementara.  Seramai 57 orang guru dan seramai 32 staf telah bertugas di MRSM ini.

 

   
   

 



     
 

 

 
     
 

 

 
 

 

 

Sebarang cadangan dan komen sila kemukakan kepada webmaster: mrsmjg@mara.gov.my      Copyright © 2007 MRSM Mersing

Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixels
  MRSMMersing tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini