Hala Tuju

 
 
   

           Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, MARA melalui sistem pendidikan MRSM mempunyai agenda penting dalam pembentukan satu generasi pelajar yang bermaruah dan berpengetahuan. Oleh itu hala tuju sistem pendidikan MRSM pada milenium ke-3 ialah:

  • Membangun sumber daya manusia yang memiliki kekuatan MINJAROES iaitu keterampilan minda, kecergasan jasmani, kemantapan rohani, kecerdasan emosi (EQ) dan kemahiran sosial.
     
  • Membina kecemerlangan ilmu yang berteras kepada Al-Quran dan As Sunnah, sains dan teknologi, kemahiran berfikir dan literasi ICT , penguasaan bahasa-bahasa antarabangsa dan mengamalkan pendidikan sepanjang hayat.
     
  • Mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan MARA sebagai penanda aras kualiti pendidikan bagi melahirkan individu warga dunia yang seimbang dan harmonis, mempunyai hala tuju serta bertanggungjawab terhadap Agama, Bangsa dan Negara.

 

 

 

 

Sebarang cadangan dan komen sila kemukakan kepada webmaster: mrsmjg@mara.gov.my      Copyright © 2007 MRSM Mersing

Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixels
  MRSMMersing tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini