Gerakan Misi 3M (G3M) merupakan suatu gagasan atau agenda untuk
mengangkat martabat MARA menerusi sistem pendidikan MARA yang
berkualiti. la merupakan gagasan atau formula yang bersepadu
merangkumi:
G3M merupakan suatu perancangan strategik untuk membangun,
memaju dan membela kaumbumiputera menerusi sistem pendidikan MARA.
Konsep G3M bertujuan untuk membina kesatuan minda
(mind set) melalui:
-
Suatu anjakan paradigma berdasarkan konsep Al-falah-kejayaan di
dunia dan akhirat.
-
Menangani cabaran alaf baru secara bijaksana dan berkesan.
-
Melakukan suatu usaha yang berterusan untuk membangun, memaju
dan membela bumiputera melalui trasformasi sistem pendidikan MRSM
ke tahap dunia mengikut acuan MARA
Matlamat:
Gerakan Misi 3M mempunyai matlamat supaya:
-
Sistem pendidikan MRSM mampu membangun sumber daya manusia
yang memiliki kekuatan MINJAROES iaitu keterampilan minda,
kecergasan jasmani, kemantapan rohani, kecerdasan emosi (EQ) dan
kemahiran sosial.
Semua matlamat G3M ini dirangkumkan supaya MARA
melalui sistem pendidikannya Mampu membentuk masyarakat perdagangan
dan perindustrian bumiputera yang berwibawa pada alaf baru ini.