Info | Jawatankuasa | Aktiviti
Badan Muafakat Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) ditubuhkan bagi menggantikan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Maktab Rendah Sains MARA yang dikhususkan kepada sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran mulai tahun 1998.
Dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh yang Dipertua PIBG dan Pengetua MRSM/Kolej MARA seluruh negara sempena sambutan Hari Guru MARA pada 18 Mei 1999 di Kolej MARA Seremban, kata sepakat telah dicapai untuk menubuhkan jawatankuasa penaja yang ditugaskan untuk merangka perlembagaan MUAFAKAT dan mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan penubuhan persatuan termasuk dari segi perlaksanaan undang-undang.
Pendaftaran MUAFAKAT telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 4 Januari 2001. Mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan pada 28 Jun 2003 di Auditorium MARA, Kuala Lumpur.
Objektif :
1. |
Menyediakan sesuatu kegiatan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar-pelajar di Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA.
|
2. |
Membantu dan menambah usaha Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bagi memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelajar dalam kegiatan-kegiatan mereka.
|
3. |
Membolehkan ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan pada amnya.
|
4. |
Memberi peluang kepada ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara membaiki taraf pendidikan pelajar-pelajar MRSM/Kolej MARA.
|
5. |
Mengukuhkan pemuafakatan ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar di peringkat kebangsaan serta untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak MARA.
|
6. |
Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar mewujudkan dana dan menyalurkannya bagi membantu membiayai projek-projek pendidikan MARA.
|

Fungsi Muafakat
1. |
Membantu MARA/MRSM samada dari segi kewangan, tenaga dan idea bagi mencapai wawasan pendidikan negara. |
2. |
Membantu MARA/MRSM menyediakan pembangunan prasarana yang sesuai dan tertumpu kepada pelajar-pelajar demi keselesaan mereka. |
3. |
Membantu menangani masalah disiplin dan salah laku serta berikhtiar memurnikan disiplin dan akhlak pelajar. |
4. |
Membantu melakukan amalan kebajikan dengan memberikan sumbangan sama dari segi kewangan, semangat, idea dan lain-lain kepada pelajar yang memerlukan. |
5. |
Membantu meningkatkan martabat profesion perguruan MARA khasnya dalam urusan kebajikan mereka. |
6. |
Membantu mewujudkan hubungan yang rapat dan harmoni diantara guru, ibubapa, bekas pelajar dan masyarakat. |

Info | Jawatankuasa | Aktiviti
|