Peta laman Fakta Ringkas Soalan lazim tentang MRSM Hubungi Kami Maklum balas / Cadangan
   








Pelajar Semasa



> Bakal Pelajar > Syarat Kemasukan

Tingkatan 1

Tingkatan 1 | Tingkatan 4

Syarat Kemasukan :

  • warganegara Malaysia tahun enam.
  • Bumiputra atau Bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah kebangsaan atau Sekolah Rendah kebangsaan. 
  • Mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar Semenanjung. 
  • Mendapat minima 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar Sabah dan Sarawak. 
  • Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan. 
  • Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah  dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif.
Cara Memohon :

Pemohon hendaklah datang  ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi di seluruh negara. 

Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan UPSR yang telah disahkan semasa membeli borang. 

Bayaran adalah sebanyak RM 5.00 (RM: Lima Ringgit)  tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama   Majlis Amanah Rakyat [MARA]. 

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat seperti berikut :- 
 

Pengarah 
Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) 
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA 
21, Jalan Raja Laut 
50609 Kuala Lumpur

Tarikh tutup permohonan ialah 10 hari selepas keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi.  sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 April pada tahun ini, permohonan dianggap tidak berjaya.