Akademik | Perkembangan Sahsiah | Pembangunan Bakat
Program Pembangunan Bakat MRSM adalah satu program pengayaaan yang diolah berdasarkan The Enrichment Triad Model. Melalui program ini, potensi dan bakat pelajar dibangunkan dan diperkembangkan secara terancang dan sistematik untuk seluruh sekolah. Program dilaksanakan dalam tiga aras pengayaan seperti berikut :
A. Pengayaan Type I
Pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiwa dan persekitaran yang biasanya tidak diberikan dalam kelas formal melalui aktiviti seperti ceramah, dialog, lawatan-lawatan, tayangan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan lain-lain. Pengalaman dan penemuan melalui penerokaan ini membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya (Pengayaan Type III).
B. Pengayaan Type II
Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti penerapan kemahiran dan emosi afektif . Semua pelajar diberikan kemahiran generik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar, membuat penyelidikan, komunikasi dan mendapatkan bahan. Kemahiran khusus seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oleh pelajar dalam penyelidikannya. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mendalami sesuatu bidang atau topik.
C. Pengayaan Type III
Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian , pelajar menjalankan aktiviti penyiasatan dan menghasilan produk atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audience sebenar. Pelajar befikir dan bertindak sebagai seorang penyelidik profesional dan mengkaji satu masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang autentik. Melalui aktiviti pengayaan Type III, pelajar akan mempraktikkan kemahiran dan emosi afektif yang diterapkan melalui pengayaan Type II.
|