PengenalanPendekatanModelMatlamatCarta OrganisasiPelancaranKurikulumHafazanLaman Utama

Pengenalan Program Ulul Albab

Program Ulul Albab (UA) di MRSM Kota Putra adalah satu program pendidikan gabungan antara program sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran Agama termasuk Tahfiz Al-Qur'an. Program ini adalah untuk melahirkan ahli profesional dan teknokrat serta mahir dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Taklimat awal serta pendedahan tentang konsep program Ulul Albab telah diadakan di MRSM Kota Putra pada 4 & 5 November 2008. Pengukuhan tentang program ini telah disampaikan oleh Pengerusi MARA kepada semua guru dan staf MRSM Kota Putra dalam program Kursus Pemantapan Guru & Staf pada 8 November 2008 di Hotel Pan Pacific, Kota Bharu, Kelantan.

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang bercirikan :

1. Qur'anik
Menghafaz 30 juzuk Al-Qur'an serta memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar. Sasaran hafazan ialah 30 juzuk Al-Qur'an selama 3 tahun.

2. Ensiklopedik
- Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi sumber rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.
- Mengadakan kelas Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin.
- Berkemahiran menggunakan kemudahan ICT yang lengkap dan tekini.
- Mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT 1), Kemahiran Amalan Belajar (KAB) dan Kursus Kemahiran Berfikir (KKB)

3. Ijtihadik
- Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian masalah ummah, memaksimakan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif dan inovatif serta menguasai bidang teknologi.
- Menyertai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti Avionik, Robotik dan Solar.
- Aktiviti ko-kurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.
- Aktiviti keusahawanan bagi melahirkan pelajar yang mampu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Hala Tuju Temuduga
Cartalir Temuduga