Pengenalan
Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra, Besut merupakan MRSM ke 24 dari 31 MRSM yang telah ditubuhkan. MRSM ini mula beroperasi pada 1 Januari 1998 di mana kakitangan akademik melapor diri pada tarikh berkenaan. Pengetua dan kakitangan bukan akademik telah melapor diri di Institut Kemahiran MARA Besut pada 1 November 1997. Kumpulan pertama pelajar telah melapor diri pada 16 Februari 1998.
|
|
|
Pelbagai keistimewaan dan ciri-ciri unik yang terdapat di MRSM Kota Putra. Antaranya ialah rupa bentuk bangunan akademik atau asrama agak berbeza berbanding dengan MRSM yang lain kerana pada awalnya projek ini adalah kepunyaan Yayasan Pelajaran MARA yang ingin menempatkan para pelajar bagi program lepasan SPM. Perbezaan yang amat ketara ialah para pelajar ditempatkan 2 orang sebilik dengan setiap biliknya berpintu.
|
|
|
Urusan kebersihan, keselamatan dan penyediaan makanan pelajar dilakukan oleh pihak maktab dan yang paling unik suatu dataran yang dikelilingi bangunan akademik dan makmal bagi persembahan pelajar diadakan dan pelbagai aktiviti dapat dijalankan di sini.
|
|
|