LENCANA & MOTO MRSM

“KOMITMEN KE ARAH KECEMERLANGAN”
HURAIAN LOGO MRSM
Roda Bergigi
Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia di mana MARA
memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan
yang diterokai oleh Bumiputera. Mewakili 14 buah negeri di Malaysia.
Teleskop dan Alatan Sains
Melambangkan
sains dan teknologi masa kini.
Slogan Berdisplin
Berilmu dan Beramal
Pada logo tersebut mewakili sahsiah
terpuji yang diterapkan pada pelajar. Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains
dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai.
Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh,
berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua
mereka berada
HITAM
Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk membantu secara berterusan golongan
Bumiputera.
MERAH
Melambangkan keberanian untuk mara ke hadapan menerokai
peluang-peluang baru.
| LAGU MARA |
LAGU MRSM |
LAGU WARISAN |
|
MARA pemegang amanah bumiputera
Beri galakan memajukan usaha
Menjunjung hasrat mencipta bahagia
MARA tetap bersedia
Dan rakyat makmur sentiasa
Memberi segala dorongan
Menciptakan kemakmuran
Rakyat menjadi tujuan
Wahai rakyat jelata
Maju MARA maju jaya
Negara makmur sentiasa |
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut rentak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru berdisiplin selalu
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang Ada
Ke kuliah kita segera
|
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu
|