|
Alhamdulillah
saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana
dengan inayah dan izinNya dapat saya mencoretkan sepatah dua
kata dalam home page Maktab Rendah Sains MARA
Kuala Krai, Kelantan Darul Naim Ehsan.
Saya
merakamkan setinggi penghargaan dan syabas kepada pihak pengurusan
maktab terutama unit ICTkerana berjaya merancang dan merealisasikan
hasrat kita mewujudkan home page maktab.Langkah
MRSM Kuala Krai melaksanakan pembangunan Sistem Maklumat dan
pewujudan home page ini dalam melengkapkan system
ICTnya adalah sebahagian agenda memenuhi taraf pendidikan
masa kini . Inisiatif untuk melaksanakan program ini bertujuan
mendedahkan warga MRSM agar sentiasa menerokai ilmu dalam
dunia globalisasi ini, dan Insya Allah akan lebih kreatif
dan proaktif.
Terlaksananya
pembangunan sistem ini sepenuhnya nanti, pentadbiran dan pengurusan
pendidikan akan lebih cekap dan mantap, dan komunikasi dengan
institusi luar khususnya ibubapa akan dapat dipertingkatkan
lagi. Wujudnya home page ini, diharapkan kita
dapat membawa maktab ke pangkuan ibubapa, dan begitulah sebaliknya.
Akhir
kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam pembangunan laman web ini, khususnya Ketua
Pengarah MARA dan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA
yang memberi sokongan padu dalam pembangunan ini.
SEPAKAT MENCIPTA KEGEMILANGAN
Sekian,
terima kasih.
TN HJ HASAN BIN
ALI
|