Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke laman web MRSM Kuala Klawang.

Didalam paparan ini, kami telah memuatkan maklumat tentang MRSM Kuala Klawang secara terperinci. Saudara/saudari boleh mendapatkan maklumat tentang sejarah penubuhannya, visi, misi, objektif operasi, piagam pelanggan, pencapaian pelajar dan lain-lain lagi. Dengan maklumat yang dipaparkan, saya percaya saudara/saudari dapat mengenali MRSM Kuala Klawang dengan lebih objektif.

Melalui paparan ini, ibubapa pelajar juga dapat mengakses maklumat tentang pencapaian dan berita-berita berkaitan dengan kemajuan anak-anak didik di MRSM Kuala Klawang.

Akhir kata, terima kasih diatas kesudian saudara/saudari berkunjung ke laman web kami. Sebarang kekurangan dan kelemahan yang ada, mohon di maaf.

Sekian, terima kasih.

Shahrome bin Daud
Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang