Maktab Rendah Sains MARA
Kuala Kubu Bharu
Selangor
 
Profil
Laman Utama Makluman Guru dan Kakitangan Pelajar Unit Profil Sejarah Lain-lain

Klik di sini untuk melihat isi kandungan

 

Peraturan Kemasukan

Trial SPM-MRSM

 

Ansara Malaysia

 

Matlamat Korporat BPLM / MRSM

Menjadi penyumbang utama kepada pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berpengetahuan dan berdaya saing pada peringkat nasional dan global.

 

Falsafah Pendidikan MRSM

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti  kepada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan.  Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti.  Sesungguhnya setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.

 

Misi

Menyediakan pelajar Bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang Sains dan Teknologi.

 

Visi

Menjadikan pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

 

Pernyataan Nilai Teras

Nilai Teras Korporat Bahagian Pendidikan Latihan (Menengah) ialah nilai Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik untuk diterapkan kepada semua warga Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Maktab Rendah Sains MARA dan Kolej MARA.               

 

LAGU MARA

MARA Pemegang
Amanah Bumiputera
Beri Galakan
Memajukan Usaha

Menjunjung Hasrat
Mencipta Bahagia
MARA Tetap Bersedia
Dan Rakyat Makmur Sentiasa

MARA akan sentiasa
Memberikan Segala Dorongan
Menciptakan Kemakmuran
Rakyat Menjadi Tujuan

MARAlah Maju
Wahai Rakyat Jelata
Maju MARA Maju Jaya
Negara Makmur Sentiasa
 
 
LAGU MAKTAB

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Jangan rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esoknya berjaya
Tingkatkan segala yang ada
Ke Kuliah kita segera


 

Objektif Operasi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)

 

1.1           Menentukan dasar sistem pendidikan MRSM / Kolej MARA.

1.2           Memastikan dasar sistem pendidikan MRSM / Kolej MARA di laksanakan.

1.3           Memilih pelajar-pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi.

1.4           Mewujudkan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik di MRSM / Kolej MARA.

1.5           Memilih dan melatih tenaga pengajar yang berketerampilan.

1.6           Membangunkan kurikulum dan sistem pendidikan MRSM / Kolej MARA.

1.7           Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk meningkatkan kualiti pendidikan MRSM / Kolej MARA.

1.8           Menerapkan amalan Pengurusan Strategik dalam pengurusan dan pentadbiran.

1.9           Membangunkan program pembangunan pelajar.

1.10       Memastikan peraturan perkhidmatan dan arahan dipatuhi.

 

Moto Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)

“Pendidikan Cemerlang Generasi Gemilang”

 

 

Kemudahan Infrastruktur

A. Kemudahan Akademik

Bilik Kelas              :  25 buah dengan kapasiti 30 orang pelajar setiap satu

Dewan Seminar       :  Sebuah(dengan kapasiti 120 orang pelajar)

Makmal Sains         :  Biologi – tiga buah

                                    Fizik –tiga buah

                                    Kimia – tiga buah

                                    Sains Teras – enam buah

Makmal Komputer:   Tiga buah dengan kapasiti 30 orang pelajar setiap satu

                  Bil. Komputer Terangkai – 135 buah

                  Bil. Komputer Tidak Dirangkai – 19 buah termasuk sumbangan

                  Bil. Komputer Mudah Alih(notebook) – 15 buah

Bengkel KH            :  Lima buah

Dewan Serbaguna   :  Sebuah (tidak berhawa dingin)

 

B. Kemudahan Kepimpinan Pelajar, Permainan dan Rekreasi

 Pejabat BWP / MPP            :     Sebuah, lengkap dengan komputer dan pencetak

Kedai Koperasi                   :     Sebuah

Pusat Pelajar                       :     Sebuah (juga merupakan Bilik BWP dan LDP)

Gimnasium                          :     Sedang diusahakan

Astaka                                 :     Belum ada

Gelanggang Permainan      :     Empat buah gelanggang takraw, empat buah gelanggang tenis, dua buah gelanggang bola tampar, empat buah gelanggang bola jaring, dua buah gelanggang bola keranjang, tiga buah gelanggang badminton(dalam dewan) dan empat buah gelanggang petanque.

Padang Permainan              :     Sebuah padang bola(juga boleh digunakan sebagai padang ragbi) dan sebuah padang hoki. Uniknya MRSM KKB ialah kerana ianya terletak bersebelahan dengan IKBN Peretak, Taman Millenium, Kem Bina Semangat, PLKN Kuala Kubu Bharu dan Darul Quran(JAKIM) menjadikan MRSM KKB tidak pernah kurang dari segi kemudahan dan juga sokongan dalam melaksanakan sebarang aktiviti rekreasi.

Bas Maktab                        :     Sebuah(44 orang penumpang maksimum)

Van Maktab                        :     Sebuah(10 orang penumpang maksimum)

MARA

Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) (BPL)

MRSM

KOLEJ MARA

 

 
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu
Sila hantarkan email ke alamat  mrsmsk@mara.gov.my jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau komen.
Copyright © 2006 Maktab Rendah Sains MARA, Kuala Kubu Bharu
Tarikh kemaskini: 10 April 2008