Rabu,
13 Ogos 2010
9:00 AM Dihantar Oleh
Webmaster
|
ujian ukm2 permata pintar

Pada
hari ini, 13 Ogos 2010 seramai
sembilan orang pelajar dari pelbagai
peringkat menduduki ujian UKM2
Permata Pintar secara online di
Makmal ICT/Bitara.
Yahoo Groups kelab warga mrsmkkb
Semua ahli Kelab Warga MRSM KKB
dijemput untuk menjadi ahli Yahoo
Groups Kelab Warga MRSM KKB. Yahoo
Groups ini adalah satu senarai emel
yang membolehkan mana-mana ahli yang
dibenarkan menghantar emel kepada
kumpulan dan semua ahli kumpulan
akan menerima emel berkenaan. Secara
asasnya semua ahli boleh berbuat
demikian melainkan dinyatakan
sebaliknya. Kaedah ini sangat
berguna untuk menyampaikan maklumat
dan berkongsi pendapat. Untuk
menyertai Yahoo Groups Kelab Warga
MRSM KKB anda boleh masukkan alamt
emel yang sah(sebaik-baiknya akaun
gmail) dalam ruangan yang disediakan
di bawah dan butang klik Join Now!.
Salam ramadhan

Kuharapkan Ramadhan Kali Ini Akan
Lebih Bermakna Dari RamadhanČ Yang
Lepas. Sesungguhnya Akan Kuhargai
Ramadhan Ini Seperti Tiada Lagi
Ramadhan Buatku. Semoga Iman & Takwa
Dalam Diri Ini Dapat Ditingkatkan.
Insya-Allah.
Kumohon Maaf Kepada Sesiapa Yang
Belum Kutemui & Kupohon Maaf Lagi.
Semoga Kalian Dapat Menjalankan
Ibadah Puasa Kali Ini Dengan Hati
Yang Tenang & Sabar..
dipetik dari http://qaiyum.net
-------------------------------------------------------------------
KEMASKINI HRMIS |
|
MAKLUMAN
Selaras dengan arahan JPA dan MARA,
semua guru serta kakitangan diminta
kemaskini maklumat peribadi,
perisytiharan harta dan juga
pengurusan prestasi melalui sistem
HRMIS.
Bagi individu yang pernah
menggunakan sistem berkenaan, anda
boleh terus mengemaskini bahagian
yang berkaitan menggunakan mana-mana
komputer Pejabat, Makmal Bitara,
Bilik Kerja Guru(tidak termasuk
komputer Ketua Jabatan) ataupun
komputer/notebook persendirian yang
menggunakan kemudahan wifi maktab.
Bagi individu yang pertama kali
akses, anda diminta memberikan no
kad pengenalan anda kepada PPTM(sila
isikan senarai di Kaunter Pejabat)
untuk memastikan ID HRMIS anda
diaktifkan. Seterusnya anda boleh
mengisikan nama di slot-slot
mengisi/kemaskini maklumat HRMIS
yang dijadualkan. Penerangan lanjut
akan diberikan kelak.
Maklumat selengkapnya hendaklah
dibawa semasa mengisi/mengemaskini
maklumat di Makmal Bitara. Sebagai
contoh, no surat beranak untuk
maklumat peribadi dan ahli keluarga
ataupun tarikh graduasi/mendapat
sijil/diploma/ijazah serta gred/CGPA
bagi bahagian kelulusan pendidikan.
Sebagai peringatan kepada semua,
maklumat peribadi, perisytiharan
harta dan pengurusan prestasi
hendaklah dikemaskini sebelum 20
Ogos 2010. Anda dinasihatkan berbuat
demikian lebih awal(sebaik-baiknya
sebelum 18 Ogos 2010) bagi
mengelakkan kesesakan/masalah
teknikal di saat-saat akhir.
Anda boleh memasuki laman web HRMIS
melalui pautan yang disediakan di
bawah (hanya
apabila anda menggunakan Internet di
maktab sahaja). Pastikan juga anda
menggunakan Internet Explorer versi
7.0 atau ke atas.
Sebarang pertanyaan/kemusykilan
boleh diajukan kepada
TPHEP/PPTK/PPTM.
Pautan 1
Pautan 2
Pautan 3 |
|
-------------------------------------------------------------------
Hari KoKurikulum 2010 berlangsung pada 5 Ogos
2010 bakal dirasmikan oleh jemputan khas, iaitu Ketua Balai
Bomba Kuala Kubu Bharu. Sila klik di
sini untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh
klik di sini
untuk melihat skrip ucapan perasmi.
-------------------------------------------------------------------
Buletin Muafakat
yang terkini
telahpun disiapkan dan anda boleh muat turun buletin berkenaan
dalam format PDF dengan
klik di sini.
Untuk muat turun buletin keluaran sebelumnya
anda boleh
klik
di sini. Seain itu boleh juga klik di
sini untuk terus membacanya.
-------------------------------------------------------------------
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa Hari
Anugerah Kecemerlangan Pelajar
2010 akan diadakan pada 31 Julai yang akan datang di Dewan
Al-Ghazali, dan majlis akan bermula pada jam dua belas
tengahari. Untuk maklumat lanjut
sila klik di sini.
-------------------------------------------------------------------
KEPUTUSAN AKHIR RASMI MINGGU BAHASA 2010
Sambutan minggu bahasa telahpun berakhir dan keputusan
akhir rasmi telahpun dikeluarkan oleh AJK Teknikal. Sila
klik disini untuk melihat keputusan
berkenaan.
-------------------------------------------------------------------
Laman
web baru MRSM Kuala Kubu Bharu telahpun "ke udara". Anda boleh
lawatinya dengan klik
disini. Sebarang komen/maklumbalas amatlah dialu-alukan
untuk penambahbaikan. Beberapa bahagian masih lagi dikemaskini
maklumatnya agar lebih lengkap dan informatif. Selain itu para
ibubapa disyorkan untuk menjadi ahli kepada
kumpulan emel
MRSM Kuala Kubu Bharu dan
Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu
untuk merealisasikan
interaksi yang lebih menyeluruh dengan pihak MRSM Kuala Kubu
Bharu. Untuk menjadi ahli
Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu,
anda hendaklah:
-
Merupakan ibubapa pelajar/bekas pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu
atau AJK Muafakat atau guru/kakitangan MRSM Kuala Kubu Bharu
atau mendapat kebenaran khas daripada pihak MRSM Kuala Kubu
Bharu atau Muafakat Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu.
-
Mempunyai akaun emel yang aktif/sering dibuka(sebaik-baiknya GMail).
-
Memohon untuk menjadi ahli melalui laman Muafakat Cawangan MRSM
Kuala Kubu Bharu dengan klik di sini.(permohonan melalui kaedah
ini dibekukan buat sementara waktu)
-
Memberikan alamat emel anda yang sah berserta maklumat yang
diminta(untuk tujuan pengesahan) kepada Setiausaha Muafakat
Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu.