Maktab Rendah Sains MARA
Kuala Kubu Bharu
Selangor
 
Komputer(ICT)
Laman Utama

Netiquette Akaun Komputer Internet Mencetak Muat Turun USB Makluman FTP Notebook Server Rangkaian

 

Klik di sini untuk melihat isi kandungan

 

Peraturan Kemasukan

Trial SPM-MRSM

 

Ansara Malaysia

 

 

Dalam memenuhi keperluan dalam pendidikan dan operasi, MARA telah membekalkan sejumlah peralatan komputer dilengkapi dengan sistem rangkaian. Berikut disenaraikan jumlah komputer berdasarkan lokasi.

Lokasi Bilangan Keterangan
Makmal Komputer I 31 buah komputer 30 buah komputer pelajar dan sebuah komputer guru. Dilengkapi rangkaian.
Makmal Komputer II 31 buah komputer 30 buah komputer pelajar dan sebuah komputer guru. Dilengkapi rangkaian.
Makmal ICT 31 buah komputer 30 buah komputer pelajar dan sebuah komputer guru. Dilengkapi rangkaian.
PSP Terbuka 25 buah komputer 2 5buah komputer kegunaan terbuka. Dilengkapi rangkaian.
Pejabat 7 buah komputer Dilengkapi rangkaian. Sebuah komputer mudah alih(notebook)
Kaunter PSP Sebuah komputer Dilengkapi rangkaian.
Bilik Kerja Guru 7 buah komputer Dilengkapi rangkaian.
Kaunselor Dua buah komputer Dilengkapi rangkaian.
Makmal-makmal Sains 12 buah komputer Tidak dilengkapi rangkaian. Akan dilengkapi dengan rangkaian dalam sedikit masa lagi.
BWP Sebuah komputer Tidak dilengkapi rangkaian.
Jabatan Sains 3 buah komputer Komputer mudah alih(bersama projektor DLP).
Jabatan Matematik 3 buah komputer Komputer mudah alih(bersama projektor DLP).
Jabatan Bahasa 3 buah komputer Komputer mudah alih(bersama projektor DLP).
Jabatan Pengajian Am 3 buah komputer Komputer mudah alih(bersama projektor DLP).
     
     

Semua komputer yang mempunyai rangkaian turut mempunyai akses ke Internet*. Selain itu, bagi memenuhi keperluan penggunaan, rangkaian tanpa wayar Wi-Fi telah dipasang di Pejabat Pentadbiran, PSP dan juga Bilik Kerja Guru bagi membolehkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan.

Pengguna(terdiri daripada guru, kakitangan dan pelajar) boleh mendapatkan akaun komputer dari Pen. Peg. Sistem Maklumat bagi membolehkan mereka menggunakan komputer. Akaun ini adalah penting untuk membolehkan penggunaan komputer dikawal dan mengelakkan penyalahgunaan.

Server

Server menggunakan sistem pengoperasian Windows 2000 dengan Active Directory. Berfungsi sebagai DNS dan WINS server untuk operasi dalaman dan juga cache DNS untuk ke Internet.Selain itu turut menjadi hos untuk aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris secara Self Access, COMPASS.

Akaun Komputer

Setiap individu warga maktab MRSM KKB diberikan satu akaun komputer bagi membolehkan mereka menggunakan komputer. Akaun ini adalah akaun 'roaming profile'. Akaun ini membolehkan penggunanya menggunakan mana-mana komputer dalam rangkaian. Nama akaun diberikan berdasarkan konvensyen nama yang telah ditetapkan oleh MARA.

Roaming Profile

Roaming profile membolehkan pengguna menggunakan akaun dengan persekitaran atau profile yang secara asasnya sama pada setiap komputer. Dengan menyimpan fail ke dalam My Documents ataupun Desktop pada mana-mana komputer, pengguna boleh mendapatkan fail berkenaan dari mana-mana komputer dalam rangkaian tanpa perlu bersusah-payah mencari 'sharing folder' atau lokasi fail dalam rangkaian. Selain itu fail-fail yang disimpan dalam akaun ini akan turut disimpan dalam server dan secara tidak langsung pengguna tidak perlu membuat salinan 'backup'**. Bagi warga maktab, sila dapatkan akaun anda dari Pen. Peg. Sistem Maklumat.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau keperluan berkaitan dengan komputer di MRSM Kuala Kubu Bharu, anda bolehlah berhubung dengan Pen. Pegawai Sistem Maklumat.

*Akses ke Internet adalah dikawal berdasarkan keperluan dan permintaan

**Pen. Peg. Sistem Maklumat bertanggungjawab untuk membuat 'backup' dengan apa yang termampu dan tidak bertanggungjawab dengan segala data dan maklumat yang disimpan dalam akaun mahupun rangkaian

MARA

Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) (BPL)

MRSM

KOLEJ MARA

 

 
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu
Sila hantarkan email ke alamat  mrsmsk@mara.gov.my jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau komen.
Copyright © 2006 Maktab Rendah Sains MARA, Kuala Kubu Bharu
Tarikh kemaskini: 29 April 2009