|
Klik di sini untuk melihat isi kandungan
|
Mampu menempatkan kira-kira 1000 orang, Dewan Al-Ghazalli seringkali menjadi pusat bagi aktiviti maktab. Dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi, pentas, langsir pentas, lampu dan sistem bunyi. Dewan ini diselenggara oleh JK Dewan yang diketuai En Kefli. Untuk makluman semua pihak, sistem P.A di Dewan Al-Ghazalli kini diletakkan di bawah kawalan juruteknik-juruteknik maktab dan diawasi oleh Pen. Pegawai Sistem Maklumat bagi memastikan peralatan berada dalam keadaan terbaik dan sedia digunakan pada bila-bila masa.
Jika ada sebarang kemusykilan, komen atau cadangan anda bolehlah berhubung terus dengan Pen. Pegawai Sistem Maklumat atau mana-mana juruteknik maktab pada bila-bila masa.
Kepada Semua warga maktab
Penggunaan Sistem AV dan Bilik Kawalan Dewan Al-Ghazalli
Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa sistem AV Dewan Al-Ghazalli telah berjaya diperbaiki dan berfungsi sepenuhnya mulai Jumaat, 4 Ogos 2006. 2. Bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan dan menjamin penggunaan dan senggaraan sentiasa pada tahap optima, pengguna hendaklah membuat tempahan lebih awal iaitu sekurang-kurangnya lima hari bekerja (tertakluk kepada peraturan tempahan di PSP) sebelum penggunaan atau sebarang majlis atau aktiviti yang terlibat, tertakluk kepada waktu bekerja. Jika penggunaan melibatkan masa diluar waktu kerja, arahan kerja lebih masa hendaklah dikeluarkan. 3. Namun bagi memudahkan pengguna dan mengelakkan kesukaran yang tidak dijangka, penggunaan yang semerta (ad-hoc) dan/atau tidak membuat tempahan sebagaimana yang telah dinyatakan masih boleh menggunakan satu mikrofon yang disediakan di rostrum (sila rujuk Minit Mesyuarat Senggaraan Bangunan Kali Ketiga perkara 6.20.1 bertarikh 17 Mei 2006). Pengguna bolehlah menghidupkan sendiri sistem bunyi dengan memetik suis pada wayar sambungan berhampiran pintu Bilik Kawalan. Pengguna diingatkan dan bertanggungjawab untuk mematikan semula sistem AV berkenaan sebelum meninggalkan Dewan Al-Ghazalli. 4. Bagi menjaga kepentingan semua pihak, mana-mana pihak atau individu yang mengingkari peringatan ini boleh diberi peringatan dan dirujuk kepada pihak pengurusan maktab untuk tindakan. Kerjasama dari semua warga maktab (termasuk pelajar) adalah amat diperlukan bagi membolehkan kita menggunakan kemudahan yang disediakan ini pada tahap optima. Dengan ini segala perhatian dan kerjasama yang anda berikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih
Norazmi Bin Lokman@Niamin Pen. Pegawai Tadbir b/p Pengetua MRSM KKB
Al-Ghazalli Halls Sound Reinforcement System a.k.a P.A System (Current Equipment and Connection)
Al-Ghazalli Halls Sound Reinforcement System a.k.a P.A System (Proposed Equipment and Connection)
|
Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) (BPL) MRSM
KOLEJ MARA
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sila hantarkan email ke alamat
mrsmsk@mara.gov.my jika anda
mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau komen.
|