Maktab Rendah Sains MARA
Kuala Kubu Bharu
Selangor
 
Kemasukan
Laman Utama Makluman Guru dan Kakitangan Pelajar Unit Profil Sejarah Lain-lain

Klik di sini untuk melihat isi kandungan

 

Peraturan Kemasukan

Trial SPM-MRSM

 

Ansara Malaysia

 


PERATURAN KEMASUKAN KE MRSM
 

 
TINGKATAN 
SATU
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Syarat Kemasukan
 
 
 
 

 

  • Bumiputera warganegara Malaysia. 
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2004. 

  • Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan,kokurikulum dan sukan. 

  • Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (ditakrifkan sebagai RM 1,500 sebulan ke bawah) dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif.

Cara Memohon
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Pemohon hendaklah datang  ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi di seluruh negara. 

Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan UPSR yang telah disahkan semasa membeli borang. 

Bayaran adalah sebanyak RM 5.00 (RM: Lima Ringgit)  tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama   Majlis Amanah Rakyat [MARA] 

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat seperti berikut :- 
 

Pengarah 
Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) 
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA 
Jalan Raja Laut 
50609 Kuala Lumpur

Tarikh tutup permohonan ialah 10 hari selepas keputusan UPSR 2004 diumumkan secara rasmi.
 

TINGKATAN 
EMPAT
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 


Syarat Kemasukan
 
 
 

 

Pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan Pelajar Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah  Kebangsaan  di Semenanjung Malaysia

Mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sains dan Matematik) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR tahun 2004

Markah yang tinggi dalam UKKM tahun 2004

Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM(UKKM) sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM.

Pelajar yang menuntut di sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan (SBP, SBPI) dan SMKA di bawah (JAPIM) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon.

Cara Memohon
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Pemohon  yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Matematik dan Sains dalam peperiksaan Semester 1 (Mei 2004), Tingkatan 3 hendaklah datang  ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan semasa penjualan borang mulai 12 Julai 2004.

Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan semester 1 (Mei 2004) Tingkatan 3 yang telah disahkan semasa membeli borang. 

Bayaran adalah sebanyak RM 10.00 (RM: Sepuluh Ringgit)  tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA].

Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan wang pos/kiriman wang, salinan kad pengenalan, surat beranak, keputusan Peperiksaan Semester Satu (Mei 2004) Tingkatan Tiga, yang telah disahkan benar serta sampul surat tebal berukuran 25 cm x 36 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 (Ringgit : satu saja) kepada Pejabat MARA Negeri/Daerah yang terdekat.

Pelajar yang memohon akan dimaklumkan oleh PMN/PMD mengenai tarikh, masa dan tempat ujian. 

Kertas peperiksaan UKKM seperti berikut:- 
 

Matematik ( 50 soalan)  60 Minit
Sains ( 50 soalan) 60 Minit
Keperibadian (100 soalan)  30 Minit

Ujian ini dijadualkan pada hari Sabtu selepas peperiksaan PMR

Sekira tiada jawapan sehingga 30 April 2005, permohonan dianggap tidak berjaya.

Proses Pengambilan Pelajar MRSM

 

Peringatan:
 

1 Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan 
2 Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak. 
3 Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP,SBPI) Kementerian Pendidikan tidak akan ditawarkan ke MRSM. 
4 Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA

PROSES PENGIRAAN MARKAH KEMASUKAN KE MRSM

 


 

TINGKATAN SATU

 
AKADEMIK
=
25%
SES(SOCIO ECONOMIC STATUS)
=
45%
KO-KURIKULUM
=
30%
JUMLAH
=
100%

TINGKATAN EMPAT

PMR SEKURANG-KURANGNYA 6A 2B 
(A DALAM MATEMATIK & SAINS)

 
UJIAN KECENDERUNGAN KE MRSM(UKKM) 
 =
70%
SES(SOCIO ECONOMIC STATUS)
=
30%
JUMLAH
=
100%

PROGRAM BITARA

 


 
UKKM
=
100%
PMR
=
8A / 9A

 

 

Nota*SES=PENDAPATAN / TANGGUNGAN

/   - Bahagi
 
  Tarikh kemaskini: 23/10/08



 

MARA

Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) (BPL)

MRSM

KOLEJ MARA

 

 
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu
Sila hantarkan email ke alamat  mrsmsk@mara.gov.my jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau komen.
Copyright © 2006 Maktab Rendah Sains MARA, Kuala Kubu Bharu
Tarikh kemaskini: 23 Oktober 2008