|

Pengetua baru iaitu Pn Siti Fatimah Bte Hassan telahpun melaporkan diri untuk
bertugas di maktab pada 1 November yang lepas. Beliau sebelum ini merupakan
pengetua di MRSM Muadzam Shah. Seluruh warga maktab mengalu-alukan kedatangan
beliau dan diharapkan kecemerlangan maktab akan berterusan dan bertambah
gemilang di bawah pimpinan beliau.
Tn Hj Md Safar Bin Said merupakan Pengetua yang keempat di
MRSM KKB. Beliau berkhidmat di MRSM Jasin sebelum mula mencurahkan bakti di MRSM
Kuala Kubu Bharu
pada Januari 2006 yang lalu.
Beliau telahpun mulai bersara dari perkhidmatan pada 6 Oktober yang lepas.

|