Aktiviti Badan Beruniform
Aktiviti Badan Beruniform bertujuan untuk membentuk pelajar-pelajar supaya lebih berdisiplin, cergas dan mendapat latihan yang khusus untuk berkhidmat secara sukarela kepada masyarakat. Semua pelajar MRSM diwajibkan mengambil bahagian dalam satu persatuan selama 2 semester (Menengah Atas) dan 3 semester (Menengah Bawah) sebagai memenuhi keperluan graduasi.
Senarai Pasukan Badan Beruniform di MRSM Kota Kinabalu:-
1. Bulan Sabit Merah
2. Pengakap
3. Renjer Puteri |
4. Kadet Bomba
5. Kadet Polis
6. Puteri Islam |
Aktiviti Kelab dan Persatuan

Penubuhan persatuan dan kelab merupakan tanggungjawab setiap jabatan akademik dan terbuka kepada guru-guru yang mempunyai kemahiran dan minat mengendalikan aktiviti kelab tersebut. Setiap pelajar dibenarkan mendaftar sebagai ahli bagi satu kelab atau persatuan untuk satu sesi akademik.
Senarai Kelab dan Persatuan:-
1. Alam Sekitar
2. Bahasa Melayu
3. Kebudayaan
4. Berzanji & Marhaban
5. Berita
6. Kemahiran Hidup |
7. Kompang
8. Dikir Barat
9. Pembibing Rakan Sebaya
10. Sains Komputer
11. Senireka
12. Usahawan Muda |
Aktiviti Sukan & Permainan

Aktiviti Sukan dan Permainan di maktab memainkan peranan penting dalam memelihara dan membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif. Melalui aktiviti ini, bakat pelajar dapat ditonjolkan dan dikembangkan sehingga ke taraf dunia. Contohnya seperti bowling, bola sepak, tenis, sepak takraw dan lain-lain.