KOKURIKULUM

next>>

Kegiatan Kokurikulum MRSM yang merangkumi aktiviti pakaian seragam, kelab dan persatuan merupakan aktiviti luar darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di maktab. Kepentingan ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Untuk memastikan setiap aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur, seorang Penyelaras Kokurikulum yang dilantik dari kalangan guru ditugaskan untuk memantau setiap perjalanan aktiviti. MRSM Kota Kinabalu telah memberi kepercayaan untuk tanggungjawab tersebut kepada En. Hassan b. Rosli yang juga sebagai penggerak utama dalam setiap perjalanan sukan guru, kakitangan dan juga pelajar maktab. Beliau dibantu oleh beberapa guru lain yang berpengalaman dalam kategori masing-masing.

Objektif:

Melalui aktiviti kokurikulum ini diharapkan MRSM akan melahirkan individu-individu atau kelompok pelajar Bumiputera yang sempurna, seimbang  dan harmoni dari segi akademik dan bukan akademik yang menghayati nilai-nilai estetika.

Tujuan Kokurikulum dibentuk adalah untuk menghasilkan individu-individu atau kelompok yang mempunyai:-

     a. kecemerlangan akademik
     b. kesempurnaan sahsiah
     c. kecekapan keusahawanan
     d. kecergasan fizikal
     e. pencinta alam sekitar
     f.  kemanusiaan sejagat
     g. mengenali diri sendiri dan peranannya sebagai insan
     h. berupaya menjana inovasi dan invention sejagat
     i.  patriotisme yang berlandaskan akidah, syariat Islam
        dan kedaulatan undang-undang

next>>

  Kaunselor
  Badan Kepimpinan
  Asrama
  Kokurikulum
  Homeroom