HOMEROOM

Seperti MRSM yang lain, maktab ini turut melaksanakan program 'Home Room'. Melalui program ini, setiap 'Home Room' akan diketuai oleh seorang guru dan di anggotai oleh 10 hingga 15 pelajar. Guru-guru berkenaan akan bertindak sebagai pemantau setiap pergerakan, prestasi dan masalah disiplin yang dihadapi oleh pelajar mereka di samping bertindak sebagai penghubung dengan keluarga pelajar berkenaan. Perbincangan sesama 'Home Room' sentiasa dilakukan termasuklah perbincangan mengenai pelajaran (study group). Selain itu aktiviti seperti perlawanan sukan antara 'Home Room' juga sering diadakan.

Untuk melancar dan memudahkan perjalanan perlaksanaan Homeroom maka pelajar-pelajar diletakkan didalam kumpulan mengikut bahagian iaitu Menengah Atas dan Menengah Bawah. Perlaksanaan 'Home Room' ini amat penting kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai menyukarkan guru-guru memantau setiap pergerakan mereka. Oleh yang demikian masalah ini dapat diatasi melalui perlaksanaan 'Home Room' ini dan ia juga berjaya mengikis perasaan rindukan keluarga atau 'home sick' terutamanya bagi pelajar yang pertama kali berjauhan dengan keluarga.

  Kaunselor
  Badan Kepimpinan
  Asrama
  Kokurikulum
  Homeroom